Pesta makanan tradisional merupakan satu tradisi masyarakat
melayu. Baru-baru ini pesta makanan tradisional telah berlangsung dengan jayanya
di FBMK. Baiklah, penulisan kali ini saya ingin ceritakan tentang pengalaman
saya menyertai program pesta makanan tradisional tersebut. Seawal pagi saya
telah pergi ke CALC untuk menyertai majlis perasmian pesta makanan tradisional tersebut. Saya bersama ahli kumpulan gigih menncari Prof untuk bergambar bersama. Bukan senang
nak dapatkan gambar Prof sebab ramai sangat peminat Prof ini, hehehe.
Setelah itu, saya melawati gerai-gerai yang ada. Apabila
sampai di gerai yang ada, pelbagai jenis makanan tradisional disediakan. Untuk
makluman, bahagian yang paling seronok adalah melihat pensyarah-pensyarah
fakulti sendiri menjual makanan tradisional tersebut. Baru tahu,
rupanya-rupanya pensyarah FBMK ini sangat berbakat dalam memasak. Secara
spontan air liur meleleh tengok makanan yang dijual. Sebagai contoh, gerai
Noraz Laksa, iaitu gerai Prof. Madya Norazlina Binti Haji Mohd Kiram. Bukan main ramai lagi orang membeli laksa yang dijual, ramai betul peminat laksa rupanya.
Gigih nampaknya pensyarah-pensyarah FBMK menyediakan
makanan. Maklumlah, bukan selalu program sebegini diadakan. Saya juga tidak
ketinggalan untuk bergambar ketika pesta makanan tersebut berlangsung. Rasa
macam artis pun ada sebab setiap gambar yang diambil turut dijadikan sebagai
bahan tugasan bagi subjek multimedia. Gambar-gambar tersebut saya memuat naik di laman Instagram, (janagn lupa like ye).Selain itu, gambar-gambar yang diambil turut dijadikan
kenangan terindah bagi saya kerana inilah peluang yang dinantikan bagi saya mencipta
kenangan di Muzium Warisan Melayu sekaligus dapat merasai pelbagai jenis
makanan yang ada.
Seronok rupanya bila dapat makanan percuma, merasa dan mengenal makanan tradisional setiap negeri. Bab makan memang sedap, bab bergambar lagi la seronok, dapat pula tengok aktiviti mengukir buah, mewarna bagi kanak-kanak dan adanya cabutan bertuah.
Jadi inilah coretan saya bagi pesta makanan tradisional di FBMK. Jika tanya,gemuk tak dapat makan makanan percuma? Jawapannya, tak, sebab saya seorang yang susah sangat nak gemuk walaupun hakikatnya sedang berusaha naikkan berat badan,hehehe.
No comments:
Post a Comment