Sebelum naik semester 7 baru-baru ni, saya telah beli
telefon baru. Bukan main lama nak boleh beli sebab sayang dengan telefon lama.
Tambahan pula, telefon lama tu beli dengan duit kerja , jadi terasa la bukan
senag nak dapatkan duit sendiri. Nak jadikan ceritanya, keluar rumah awal pagi,
pukul 10 lebih kurang. Menandu la pergi Ke KB Mall, Kota Bharu dengan kawan.
Tempatnya bukannya dekat nak boleh sampai sana.
Bila samapi sana, gigih la cari telefon baru. Dah la saya
tak mahir bab-bab pemilihan telefon ni, selalu akan tanya pendapat orang.
Bayanagkan pusing punya pusing, berkenan la pada telefon jenama HUAWEI.menang
dah lama nak beli jenama ni. Masa nak tukar sim
card tu, kena pula pergi dekat centre Celcom untuk tukar Sim card baru, penat menunggu hamper 2
jamkat situ disebabkan orang ramai.
Akhirnya, dapat juga miliki fon baru yang diidam-idamkan.
Puas hati membeli, mana taknya, dari pagi keluar petang baru balik. Penat tu
boleh tahan dan rasa saying juga la sebab melayang duit RM700,hahaha.
Penangan telefon HUAWEI, kena la berjimat kembali. Telefon lama tetap menjadi kesayangan dihati, diberikan kepada adik bongsu. Betul la orang kata, nak cari duit tu bukan senang. Duit mengalir macam air je rasa bila keluar banyak.
baiklah, setakat ini saja perkongsian saya. Jumpa di penulisan seterusnya.
No comments:
Post a Comment