Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: Asas Grafik Ilmu Baru

Pada minggu kedua, Prof Dr. Normaliza telah mengajar tentang Asas Grafik. Asas Grafik mempunyai 5 elemen penting iaitu,

1) Mudah: gambar itu mestilah jelas
2) Keseimbangan: Melihat pada atas ke bawah, kiri ke kanan sama besar
3) kesesuaian: gambar mestilah nampak sesuai dengan keadaan warna dan keadaan sekeliling.
4) warna: warna mestilah sesuai dengan gambar
5) teks: dilihat pada saiz, font, glogan, tema dan kepelbagaian.











BBM3410/18: Pengenalan Kursus Multimedia

Pada semester baru ini, maka bermulalah kembali perjalanan sebagai pelajar tahun akhir. Pada minggu 1, Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim, telah memberi pendedahan dan penerangan dengan terperinci kepada kami tentang kursus Multimedia Dalam Bahasa. Selain itu, Prof Dr Normaliza juga turut memberi penerangan kepada pelajar tentang perjumlahan markah, tugasan yang akan dilakukan dan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan. Selepas itu, Prof Dr. Normaliza meminta para pelajar untuk membentuk kumpulan masing-masing. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada 10 orang ahli. Prof Dr. Normaliza juga turut mengingatkan para pelajar untuk datang ke kelas tepat pada waktunya, tidak boleh ponteng begitu sahaja.

Seterusnya, Prof Dr. Normaliza turut memberi kuliah tentang kerja yang akan dilakukan pada minggu kedua. Pada minggu kedua, Prof Dr. Normaliza akan mengajar tentang asas grafik. Jadi, para pelajar diminta untuk membawa:

1) 6 keping multing board berwarna hitam bersaiz A4.
2) Bawa gunting, gam UHU stick, punch, riben berukuran suku inci lebar dan panjang 1/2 meter.
3) Bawa majalah terpakai yang glosey



BBM3410/18: Saya Siswi UPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Juwairiyah Binti Seffai. Saya berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Saya merupakan anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik. Sewaktu sekolah rendah, saya belajar di Sekolah Kebangsaan Lati manakala bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Seterusnya, saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja. Pengalaman belajar di sekolah yang berbeza memberi ilmu yang cukup bermanfaat.

Pada masa kini, saya sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya merupakan pelajar tahun akhir dan bakal bergraduat pada tahun hadapan, In sya Allah. Tempoh pengajian adalah 3 tahun setengah. Banyak ilmu yang saya peroleh sepanjang berada di sini. Pada semester 7 ini, saya sedang mengambil subjek BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa.

Saya berminat untuk mendalami dengan lebih meluas subjek multimedia ini kerana banyak ilmu baru yang saya peroleh melalui subjek ini. Saya juga suka membaca buku kerana melalui bukulah pelbagai ilmu yang saya dapat. Saya suka membaca buku-buku motivasi, agama dan ilmiah kerana buku-buku seperti ini memberi input yang sangat bermanfaat.

Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....