Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Juwairiyah Binti Seffai. Saya berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Saya merupakan anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik. Sewaktu sekolah rendah, saya belajar di Sekolah Kebangsaan Lati manakala bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Seterusnya, saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja. Pengalaman belajar di sekolah yang berbeza memberi ilmu yang cukup bermanfaat.
Pada masa kini, saya sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya merupakan pelajar tahun akhir dan bakal bergraduat pada tahun hadapan, In sya Allah. Tempoh pengajian adalah 3 tahun setengah. Banyak ilmu yang saya peroleh sepanjang berada di sini. Pada semester 7 ini, saya sedang mengambil subjek BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa.
Saya berminat untuk mendalami dengan lebih meluas subjek multimedia ini kerana banyak ilmu baru yang saya peroleh melalui subjek ini. Saya juga suka membaca buku kerana melalui bukulah pelbagai ilmu yang saya dapat. Saya suka membaca buku-buku motivasi, agama dan ilmiah kerana buku-buku seperti ini memberi input yang sangat bermanfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bersangka Baik
Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....
-
Assalamualaikum, syukur pada Allah atas segala nikmat-Nya.. Aku punya impian, impian dan hajat untuk pergi ke bumi Haramain.. Aku betul2 i...
-
Berita menyedihkan minggu ini. Sedih minggu ni sebab kolej tiada air, huaaa. Pada minggu lepas, pihak jabatan logi air telah memberitahu ba...
-
AIR MATA. Satu kurniaan Allah yang unik. Mengalir tanpa diminta, kering selepas hilang segala cerita. Air mata itu sebenarnya terasa nik...
No comments:
Post a Comment