Friday, April 26, 2019

Bersangka Baik

Assalamualaikum.

Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri.

Sering kali kita dengar, bersangka baiklah dengan Allah atas segala ujian dan takdir yang ditentukan kerana pasti ada hikmah disebaliknya. Allah pasti merancang sesuatu yang baik buat kita.

Benar,

Kita akan nampak hikmah ujian bila kita berjaya lalui semua ujian2-Nya. Setiap rasa sakit, sedih, kecewa dan lemah yang dirasai akan digantikan dengan kebaikan bila tiba waktu-Nya.

Cuma, bagaimana hendak YAKIN dengan janji-Nya.

Bukan mudah mendidik hati.
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba.
Bukan mudah melalui kehidupan dunia.

Namun begitu,

Pernah tak terfikir bagaimana susahnya kehidupan akhirat lagi?

Kehidupan yang abadi.
Kehidupan yang diperhitungkan segala amalan diri.
Kehidupan yang tiada ujian lagi.
Kehidupan yang menentukan dimana terletaknya diri.

Allahurabbi.

Kerdilnya diri ini.
Mengeluh setiap kali ujian menimpa diri.
Berputus asa dengan rahmat Ilahi.
Mengalah dengan bisikan nafsu diri.
Kerana jahilnya ilmu agama dalam sanubari.

Belajar memantapkan ilmu ukhrawi.
Tiada yang sia-sia pada pandangan Ilahi.
Diuji berkali-kali bukan kerana benci.
Tetapi untuk bersihkan hati dan dosa dalam kehidupan ini.

Pandanglah ujian dengan cinta.
Pandanglah air mata dengan rela.
Pandanglah kesedihan dengan bertemankan redha.
Pandanglah kasih sayang Tuhan dengan hati yang berjiwa hamba.

Bersederhana dalam kehidupan melahirkan rasa kesyukuran.

Fitrah semula jadi manusia adalah hidup berTuhan.



Jumaat |26 April 2019
Kerana Cinta Aku Kembali
Bersangka Baik Dengan Ilahi.

Thursday, April 18, 2019

Luka Terjahit Sendiri

"Itulah hakikat dunia, ada perkara yang diwujudkan bukan bertujuan untuk difahami, tetapi untuk diterima dengan hati yang terbuka"

-Teme Abdullah #SignatureJalanan.

Begitulah dunia, sukar untuk dimengertikan..Bila cuba untuk faham makna akhirat, mulalah dunia racuni fikiran.

Bila nafsu mendahului akal.
Penat, sakit, derita, sedih.
Semua terasa.

Kadang, kata bicara manusia ini berbisa.
Tajam.
Bila tajam, akan terluka.
Bila terluka akan meninggalkan parut.
Sakit bukan kepalang.

Penat memikirkan urusan dunia.
Tatkala berusaha menyenangkan hati orang sekeliling, nescaya ada ketika kau tak mampu.

Berkata Prof. Muhaya,

"Bila fikir dan nak penghargaan manusia, nescaya  kita akan penat, sedih. Sebab apa? Sebab apa yang kita buat tidak dihargai oleh orang lain, tidak dinilai oleh orang.. Sedih bukan? Jadi usahlah tagih penghargaan orang, berilah yang terbaik walaupun kita tidak dilayan dengan baik, Allah lihat kebaikan kita".

Jahitlah hati yang terluka dek kata2 manusia sendiri. Tiada siapa yang boleh rawat hati kita kembali jika bukan kita.

Bagaimana nak jahit?

Kembali semula kepada Allah, minta Allah sembuhkan, minta Allah ubatkan, minta Allah hilangkan rasa sakit, minta Allah agar luka yang ada tidak meninggalkan parut terlalu lama.

Setiap ujian yang hadir, belajar menjadi seorang yang tabah.


Juma'ah Barakah | 19 April 2019
Senyumlah Pada Duka, Selepas Duka Ada Bahagia.






Sunday, April 7, 2019

Air Mata Itu

AIR MATA.

Satu kurniaan Allah yang unik. Mengalir tanpa diminta, kering selepas hilang segala cerita.

Air mata itu sebenarnya terasa nikmat bila segala masalah di adukan kepada Allah. Merintih, memohon, menceritakan segala urusan yang terbuku dihati pada pemilik hati.

Manusia hanya mampu memandang luaran, tetapi dihati hanya Allah yang tahu segala isi hati. Pernah tak rasa pahitnya untuk menelan segala ujian, kena tabah dan sabar menempuh jalan.

Tetapi, Allah selalu sayang.

Sakitkan bila diherdik, diperli, dicaci dan sebagainya dengan mulut 'berbisa' manusia. Andai kita tiada hati yang teguh, jiwa yang kuat nescaya kita jatuh tersungkur dan merasakan Allah itu tidak adil.

Selalu diingatkan pada diri, setiap apa yang dijalani pasti ada hikmahnya, pasti baik menurut Allah.

Orang yang tidak berada disituasi orang lain, dia takkan mampu nak selami jiwa orang lain.. Hati itu rapuh, jika dipijak-pijak selalu pasti akan hancur.

Belajar untuk memaafkan walaupun sulit untuk menelan.

Nikmatnya air mata bila dapat menangis semahunya. Biarlah manusia tidak melihat tetapi Allah Maha Penyubat.


Sunday | 7 April 2019
Kuat Demi Tuhanku.


Thursday, April 4, 2019

Ujian Manusia Berbeza

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini tentang 'UJIAN'.

Ujian, semua tahu apa itu ujian tetapi bentuk ujian itu tiada siapa tahu bagaimana kejadiannya.

Ujian, simboliknya adalah 'masalah'.. Cuma bila disebut 'masalah' ia terlihat daripada sudut perkara yang 'mampu' dihadapi walaupun terasa sukar.. Manakala ujian pula merupakan satu perkataan yang melibatkan tentang dalaman dan luaran.. Ada ketika berkaitan dengan spritual manusia..terasa ia datang daripada Allah.

UJIAN.

Setiap manusia Allah beri ujian yang berbeza. Ada yang senang, ada yang susah, manis, pahit ringan, berat dan sebagainya. Namun semua itu adalah bentuk tarbiah daripada Allah buat hamba-Nya.

Ada ketika manusia ini bila melihat kehidupan orang lain yang senang lenang, tanpa memikirkan masalah yang dihadapi timbul rasa dengki dan tidak puas hati. Walhal kita tidak tahu apakah yang pernah dialami oleh orang lain sehingga mereka mampu kuat hadapi segalanya sehingga terlihat bahagia dan gembira.

Setiap manusia mempunyai bahagian masing2, rezeki masing2. Tak usah terlalu dengki dengan kehidupan orang lain kerana bahagian kita juga akan ada cuma bentuknya berbeza.

Bila fikir soal apa yang manusia katakan, nescaya penat untuk difikirkan. Bila ingat apa yang manusia katakan, nescaya rasa sedih mengundang luka.

Tetapi, harus ingat kita hidup untuk siapa?

UNTUK MANUSIA ATAU ALLAH?

Sebab itu Allah bagi ujian berbeza2. Bukan untuk membezakan manusia tetapi untuk mendidik manusia dan supaya manusia berfikir tentang hikmah disebalik ujian.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Masing2 tidak pernah sama caranya.. Makin kita mengenal kelemahan diri, makin kita sedar bahawa kita tiada apa2 pun. Segala yang ada semua milik Allah.

Hidup kita untuk manusia atau untuk Allah?

Memikirkan dunia, kehidupan yang penuh tipu daya nescaya kecewa dan sakit.. Kerana banyak perkara yang negatif yang hadir.. Ia boleh melemahkan jiwa...

Kerana itu setiap ujian yang hadir mengikut kemampuan masing2. Allah tidak akn membebankan seseorang melebihi kemampuannya.

Yakinlah pada Allah.
Semoga bahagia menjemputmu.



Friday | 5 April 2019
Yaumul Juma'ah
Allah menenangkan hati.




Tuesday, April 2, 2019

Kuatlah Demi Tuhanmu

Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan kurniaannya.. Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah.. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.

Sudah lama tidak menjengah blog ini.. Terasa rindu ingin menulis tinta sebagai curahan rasa untuk berkongsi cerita.. Mana yang baik dijadikan ibrah bersama, dan yang buruk menjadi tauladan untuk memperbaiki diri ini.

KUATLAH DEMI TUHANMU!

Inilah kalam penguat diri.. Jika tidak kuat kerana Allah, maka pada siapa lagi untuk ku mencari kekuatan?

Pada makhluk?

Nescaya banyak kekecewaan yang diperoleh.. Kadang ia melemahkan jiwa tanpa disedari.

Maka, cukuplah disandarkan pada Allah yang Maha Kuat dan Besar.

Kadang kala, tatkala diri di uji dengan suatu perkara yang terasa berat untuk dijalani, maka cara untuk kuatkan diri balik adalah dengan menangis..

Kekuatan yang dimiliki adalah melalui air mata.

Kenapa air mata?

Kerana disetiap sujud dan doa, hanya air mata yang mampu dizahirkan ketika mulut sudah tidak mampu lagi untuk berbicara.

Allah mengira setiap titisan air mata itu..Allah tahu diri hamba-Nya sudah cukup penat dan sedih.. Allah bukan ingin menguji kerana ingin melemahkan, tetapi Allah ingin mentarbiah diri dan tingkatkan iman dihati.

Tunjukkan senyuman dan kegembiraan dihadapan manusia, sembunyikan kesedihan dan kesakitan yang dirasai.. Kuatlah!

Manusia hanya mampu memandang luaran tetapi Allah memandang seluruh kehidupan.. Allah tahu apa yang kita tidak tahu.. Masa depan, rezeki, jodoh DIA yang berkuasa atas segalanya.

Tatkala lemah kerana kata-kata manusia, kuatlah kerana Allah kerana Allah lah tujuan utama kehidupan.

Dunia, memang diciptakan untuk manusia. Tetapi bukan untuk selamanya.



Tuesday | 2 April 2019
Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat 

Sunday, January 27, 2019

Tenangnya Suasana Itu

Assalamualaikum, syukur pada Allah atas segala nikmat-Nya..

Aku punya impian, impian dan hajat untuk pergi ke bumi Haramain.. Aku betul2 ingin ke sana, namun belum lagi rezeki namun aku yakin suatu hari nanti pasti Allah jemput bila waktu yang tepat.. Setiap kali aku melihat suasana Mekah dan Madinah, tak semena-mena air mata aku laju mengalir.. Terasa begitu syahdu dan rindu.

Jika tahun2 sebelum ini, tiada 'rasa' yang membuatkan aku betul2 rindu dan ingin ke sana, tetapi bermula tahun 2017 rasa itu sedikit saja hadir.. Namun, bermula tahun 2018 hatiku betul2 meronta ingin ke sana, benar2 ingin ke sana.. Sehingga kini hati aku kuat ingin ke sana..Mencari ketenangan dan memohon keampunan.

Namun begitu,aku tidak akan berputus asa dalam berdoa.. Berdoa dengan penuh pengharapan semoga Allah sudi menjemput diri yang kerdil dan hina ini.. Walaupun dari segi kewangan belum lagi mencukupi tetapi jika sudah waktunya pasti Allah tunjukkan jalan.

Baru2 ini sahabatku telah pergi ke Mekah, dia mendoakan aku di sana, sebak aku rasakan sebab dia tahu aku betul2 teringin ke sana.. Bersyukur kerana dia sudi mendoakan aku.. Semoga Allah perkenankan doamu sahabat.

Doanya untukku, :') 

Sungguh bersyukur kerana namaku didoakan di hadapan Kaabah, Allahu.. Malu dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan.. Banyak yang perlu diperbaiki, akhlak, ibadat, hati dan jiwa. 

Tanpa jemu aku akan terus berdoa dengan air mata kerinduan. 
Tanpa jemu aku akan menagih rindu dan keinginan. 
Tanpa jemu aku akan berusaha membersihkan hati dan diri. 
Tanpa jemu aku akan memohon keampunan dari-Mu. 

Hati merindu untuk ke Tanah Haram. 
Semoga Allah menjemput diri ini bersama keluarga. 
Jika sudah sampai masanya akan tiba jua. 

Doa, doa dan teruskan berdoa. 
Perindu Syurga-Mu. 

Isnin | 28 Januari 2019
11:11 a.m
Jom audit diri. 

Friday, January 25, 2019

Masa Pantas Berlalu

Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih dipinjamkan nafas untuk meneruskan kehidupan.

Kini aku kembali menulis di blog, walaupun assignment tentang #BBM3410 sudah pun tamat tetapi aku ingin meneruskan penulisan ini untuk perkongsian dan coretanku.. (semoga subjek multimedia ku cemerlang, aamiin).

Sekarang sudah penghujung bulan Januari 2019.. Aku kini sudah pun habis degree pada 10/1/19 baru2 ini dengan subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Menanti konvo pada bulan 10/11 nanti, doakan.

3 tahun setengah aku di bumi UPM, terasa bagaikan semalam aku masuk daftar sebagai pelajar semester 1..rindu terasa!!

Sepanjanhg 3 tahun setengah itu, macam2 ujian dan pengalaman Allah berikan.

Suka duka, ketawa gembira, sedih kecewa.
Semua ada!!

Lumrah la kan kehidupan belajar seperti itu, jatuh bangun tu perkara biasa, kena la hadapi segalanya.

Tanpa kesusahan kita takkan kenal erti kekuatan.

Nanti, aku nak share pengalaman dan coretanku sepanjang di bumi UPM.. Jika berkesempatan waktu aku update di blog ini.

Ku coretkan kalam tinta untuk dijadikan sebuah cerita.

Semoga ketemu lagi~~

Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....