Friday, December 7, 2018

BBM3410/18: facebook

Assalamualaikum.. Hai minggu ni kami diberi tugasan untuk memuat naik gambar ke dalam Facebook pulak.. Ku ingat dah habis dah bab-bab memuat naik gambar nie.. Tapi akhir tugasan kena masukkan ke dalam facebook pula..

Ini dia gambar dan cerita tentang subjek multimedia nie.. Profku yang paling sempoi dan kena faham konsep 'redha'..

Jadi ini merupakan 2 post yang dimasukkan ke dalam facebook bersama dengan prof. 


Post pertama


Post kedua. 

Terima kasih Prof atas segala ilmu yang diberikan.. In sya Allah, akan di manfaatkan dengan sebaik mungkin. 

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah


Video tanpa wajah

Video tanpa wajah merupakan video yang dilakukan tanpa menunjukkan wajah pelakon yang berlakon.

Pemilihan lagu yang dibuat mestilah mempunyai pengajaran atau nilai yang ingin disampaikan.

Lakonan yang dilakukan mestilah berdasarkan lirik lagu yang dipilih agar dapat sampai maksud lakonan yang dilakukan.

Video tanpa wajah ini mestilah berfokus hanya kepada satu benda sahaja, sebagai contoh focus hanya  kepada kaki sahaja,tangan, barang, atau cerita.

BBM3410/18: Video One Shot


Video one shot one layer

- video one shot merupakan video satu layer sahaja
- video one shot tidak boleh ada two layer dan three layer.
- pilih lagu bahasa Melayu sahaja.

untuk melakukan proses rakaman,

- kamera tidak boleh digerakkan dan stabil.
- penyanyi hanya melakonkan gerak geri secara sendiri.
- mesti ada proses keluar masuk di dalam video yang dilakukan secara serentak atau bergilir-gilir untuk menampakkan satu layer sahaja.
- kamera tidak boleh digerakkan sama sakali.

video one shot two layer

-video  one shot two layer ada dua keadaan yang berlaku.
-contoh penyanyi dan pelakon.
- tidak boleh ada elemen lain selain dua perkara sahaja.
- background belakang tidak boleh ada yang bergerak-gerak
- kamera tidak boleh digerakkan semasa melakukan proses rakaman

video one shot three layer

- merupakan video yang mengandungi elemen one shot one layer dan one shot two layer.
- terdapat lebih dari two layer dan sekitar kawasan sekeliling boleh ada yang bergerak.
- contoh, penyanyi, pelakon dan background sekitar yang turut sama wujud tanpa disedari.
- kamera tidak boleh digerakkan semasa proses rakaman dilakukan.

BBM3410/18: Papan Cerita


Papan Cerita.

Papan cerita merupakan satu lakaran reka bentuk produk yang ingin dikeluarkan. Di dalam papan cerita mestilah ada gambar, kata-kata atau ayat yang menarik untuk menarik minta pembeli. Pemilihan satu produk yang sesuai dan pelbagai jenis perlu untuk dipaparkan.

Dalam papan cerita mesti ada;

-muka depan
-isi kandungan
-akhir

Sebagai contoh;

Produk: botol air
Keluaran: Mawar produksi

Pada halaman muka depan;

-  Letak tajuk produk yang ingin dikeluarkan
- Lukis produk yang ingin dikeluarkan dengan tema yang ditetapkan

Isi kandungan:

- Melakar gambar-gambar produk yang berlainan dari segi bentuk dan saiz, diselitkan kata-kata yang menarik dan harga atau diskaun yang dilakukan.

Akhir

-Ada iklan-iklan yang diselitkan bersama dengan produk yang dikeluarkan. di muka surat akhir juga diletakkan nombor telefon untuk dihubungi.

BBM3410/18: Asas Grafik


Lima elemen asas grafik:

1    1) Mudah

- Mudah ini bermaksud gambar mestilah jelas. Jelas dari segi bentuk gambar. Gambar tersebut mestilah jelas maksudnya apabila dilihat dan gambar mestilah berfokus kepada satu benda sahaja.

contoh: gambar pemandangan. gambar pemandangan itu nampak jelas dari sudut suasana sekelilingnya dan ia berfokus hanya kepada pemandangan sahaja.

2) Keseimbangan

- Keseimbangan ini bermaksud, gambar nampak seimbang dari segi saiznya sama ada kiri kanan, atas bawah. Keseimbangan ini penting untuk gambar yang sempurna.

contoh: saiz gambar kiri dan kanan bersaiz satu inci, maka atas dan bawah juga mesti bersaiz satu inci.

3) Kesesuaian

-Kesesuaian gambar dilihat dari sudut gambar itu sesuai dengan keadaan sekeliling. Bertepatan dengan  situasi dalam gambar.

contoh: gambar petani yang sedang menuai padi, maka gambar tersebut mestilah berlatar belakangkan suasana sawah padi.

4) Warna

- Warna ini mestilah dilihat dari sudut pemilihan warna yang sesuai. Warna tidak boleh terlampau terang atau terlampau lembut.ia mesti warna yang sepadan dengan gambar dan nampak menarik.

5) Teks

- Teks mestilah ada saiz tulisan yang berbeza, ada slogan, tema dan kepelbagaian. Teks itu adalah sazi yang berbeza


Thursday, November 15, 2018

BBM 3410/18: Semakin Suntuk Ku Rasakan

Assalamualaikum

Pejam celik kuliah berbaki 5 minggu saja lagi. Cepat masa berjalan. Sungguh tak terasa, pengajianku semakin hari semakin di penghujung.

Urusan belajar yang semakin mencabar, PITA dah nak kena hantar tetapi kadang kala kepalaku rasa ting tong! idea pun kelaut. Bila idea menulis tidak datang, hanya mampu tengok jela laptop dan termenung menanti idea jatuh tergolek..hahahha

Debaran makin terasa, tekanan makin menghimpit perasaan dan masa ni makin buatkan ku menangis.
.
.
.
Adakah ku sorang je yang rasa nak masa tu berjalan lambat? nak bulan 11 masih berada di awal bulan agar dapat rasa lambat lagi bulan 12. Tahun baru sedang bersiap sedia nak diraikan.

Beranganlah kau sorang-sorang. Ingat  ada kuasa magik boleh hentikan waktu? waktu akan terus berjalan mengikut aturan-Nya.

Wahai diri,
Bertabahlah menghadapi liku-liku kehidupan. Terus kuatkan semangat habiskan sisa baki pengajian. Ingatlah orang-orang yang kau sayang, menanti kejayaan darimu.
.
.
.
Berilah kegembiraan buat mereka semampu mungkin.
Redhalah untuk setiap ujian dan cabaran yang kau rasa. Pasti akan ada kebahagiaan di kemudiaan hari.

Doa selalu.

BBM3410/18: Kelas Online Buat Kalendar

Assalamualaikum.

Pada hari ini, 15/11/18 kelas amali dibatalkan.. Tetapi prof bagi kerja untuk kami tunjukkan proses untuk buat kalendar menggunakan Adobe Photoshop dan masukkan proses tersebut ke dalam laman blog ini.

Ini merupakan arahan daripada prof untuk kami lakukan.

Tugasan yang diberikan

Jadi, proses untuk buat kalendar ini bukan mudah sebenarnya, perlukan kesabaran. Jadi setelah berkali-kali lakukan, nak ikut masa yang ditetapkan memang rasa sangat rumit. 

Maka, terhasillah video proses membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop.



Selamat menonton!




Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Twitter Kisah Terbaru

Assalamualaikum dan salam sayang kerana Allah.

Tweet and retweet!

Benda baru bagiku.. Selepas buat blog, kena buat Twitter pulak. Memang budak media sosial betul!

Sebenarnya, tak pernah ada Twitter nie sebab tak tahu fungsi Twitter tu apa ke benda, apa kena buat. Rupa-rupanya, Twitter ni lebih kurang je dengan Facebook, ada yang buat status, ada yang boleh kongsi, berbalasa komen (retweet). Cuma yang membezakan adalah kepanjangan penulisan tu je.

Jadi, bila jadi budak baru media sosial ni, kena la selongkar segala mak nenek dalam tu. Maka, terhasilah Twitterku sendiri. Ini dia twitterku.

Twitter saya! 

Pada setiap minggu, akan ada post yang akan ku buat..Dan ku akan retweet kawan-kawanku. Mungkin sesetengah orang suka bermain Twitter sebab dia lebih tertutup. Ada yang tak berapa suka sebab ruangan yang ada itu terhad.
.
.
.
Ini post yang ku lakukan dan ku retweet kawan-kawanku.

Tweet yang ku lakukan. 





Sape nak cantik boleh baca tips daripada @Athirah Othman di blognya

Kawan2 like and retweet

Bagi yang suka menulis tips-tips kecantikan, kata-kata hikmah sesuailah menulis di Twitter sebab dia jenis penulisan berantai, 'thread' orang panggil. 

Ok, prof ada Twitter tak? Rasa nak mengikuti prof pulak. boleh la kita tweet and retweet! 

Jadi sekarang, semua aplikasi media sosial ku ada..budak multimedia katakan..kena la jadi budak popular sekali sekala..Ehh, hakikatnya tak nak pun..kang tak pasal-pasal pulak kena kecam!
.
.
.
Instagram ada.
Blog ada.
Twitter ada.
Facebook ada.
.
.
Gunalah media sosial yang ada ke arah kebaikan. kongsilah kebaikan yang boleh diingati. Ia dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Berkongsi maklumat dan memberi manfaat untuk orang lain. 

Twitter oh Twitter!

BBM3410/18: Video One Shot Dua Layer

Assalamualaikum dan salam sayang kerana Allah.

Pada hari isnin baru-baru ini, kami telah mempersembahkan video one shot kami, tajuk 'Syinta Gila' nyanyian Safiey Ilias di hadapan prof. Di antara 8 kumpulan, kami merupakan dua kumpulan yang terbaik. Satu kumpulan lagi daripada kumpulan Panglima Awang, bertajuk 'Hajat' nyanyian Heal Husaini. Tak sangka prof suka dengan video kami. 

Sepatunya sewaktu kami merakamkan lagu tersebut, prof kena ada sekali baru menarik! Lagi la popular profku sayang. mesti comelkan prof menari dan berjoget? wehhh, terbayang pulak gerak tari prof dalam video tu...hehhehe.

Terima kasih prof suka dengan persembahkan kami. 

Inilah dia kumpulan Mawar yang berjaya memenangi hati prof. Siap pakai topeng, bulu-bulu lagi sebab nak buat gerak yang gedik-gedik comel.

Mawar Production

Disebalik tabir rakaman

Selepas itu, ku sangka dah tak perlu buat video. Tetapi tiba-tiba prof cakap kena buat video one shot dua layer pulak. waktu tu rasa cuak jugak la sebab benda yang tak pandai nak buat. Video tu dah la kena menyanyi sambil berlakon. Video one shot pun dah rasa malu sangat-sangat dah ni kan pula kena berlakon. Adududu.. lepas ni boleh pergi minta kerja dengan Syamsul Yusof dah!

Cabaran video kali ini lain macam sikit. Kena berlakon berdasarkan lirik lagu. Ni dah macam nak buat musik video album dah. Ok, lepas ni boleh jadi pelakon tambahan! Bagi peluang la anak didik prof pulak masuk Tv..hehehe..gurau je. 

kesukaran yang kami hadapi adalah pemilihan lagu. Dah la kami semua perempuan, lagu-lagu yang ada kebanyakannya berkisahkan tentang cinta, ada lelaki dan perempuan. Serius buntu nak berlakon. 
.
.
.
Apa pun, nantikan persembahan daripada kumpulan kami.

Adakah akan ada yang menjadi lelaki? 
Adakah akan ada yang menjadi seorang ibu?
Adakah akan ada yang menjadi pasangan kekasih?

Semoga persembahan video one shot dua layer ini akan mendapat perhatian semua dan berjaya menyentuh hati prof untuk kali kedua.
.
.
.

Kami kena jadi seorang yang jauh berfikiran kreatif.
Kretifnya prof kreatif lagi kami kena fikir.


Nantikan..............




Friday, November 9, 2018

BBM3410 /18: Sedap Sangat Ke?

Assalamualaikum dan salam sayang kerana Allah.

Hari ni, nak cerita tentang kek.

Hah! Kek?

Ya,kek.

Kek adalah makanan kesukaanku..Dalam banyak-banyak pencuci mulut, kek adalah benda yang paling disukai.

Ku suka benda-benda manis, bercoklat. Tapi air manis, kurang.. Hehehe..sebab air manis kalau minum banyak akan menyebabkan kepala rasa pening. Sape pernah rasa begitu?

Bab kek, bagi la apa pun ku makan.. Cuma pantang sikit bab ada kacang.. Hehehe. Selain kacang semua kek makan.. Terutama kek perisa coklat.. Sedapnya. Lapar pulak rasa. 

Kalau di rumah, rajin la ku membuatnya. Kalau rasa teringin nak makan, memang buat je.. Kek senang je ku buat.. Kek coklat moist.. Tak perlu nak fikir suhu2 ketuhar apa semua, guna kukusan je.

Yang seronok ye lagi, semua keluargaku nie suka makan kek! Jadi, perasaan nak membuat tu gembira la.. Sebab ada yang akan makan, 'hantu' kek katakan. Tukang membuatnya sorang, tukang makannya ramai.. Adoii, tapi takpe.. Tengok orang makan pun ku dah terasa kenyang.

Buat kek dan makan kek nie satu terapi bagiku.. Ku rasa seronok, kalau dapat buat dan makan ku akan jadi bahagia semanis kek.. Acecece...

Tapi takde la pandai buat semua jenis kek, sebab dalam proses belajar.. Ada keinginan untuk belajar lebih soal kek nie.. Mane la tahu, ada rezeki suatu hari nanti boleh buka tempahan kek, cari duit sampingan, tak begitu?

Kek itu sedap!
Kek itu meceriakan!
Kek itu membahagiakan! 

Lepas hajat dihati. 

Nikmat itu terasa! 

BBM3410/18: Allah Selalu Sayang

Assalamualaikum dan salam sayang kerana Allah.

Penulisan kali ini, ku ingin berkongsi tentang ujian. 

Kita manusia, sering kali diuji, dan setiap orang tidak lepas daripada diuji. Allah uji kerana sayang. Allah selalu sayang kerana melalui ujian itulah Allah janjikan syurga. Allah nak beri syurga Allah akan melihat keimanan hamba-hamba-Nya.

Setiap orang ujiannya adalah berbeza, tidak pernah sama. Di dalam kehidupan kita juga, jangan pernah kita membandingkan ujian kita dengan orang lain, rezeki kita dengan orang lain, kerana setiap orang Allah takdirkan jalan kehidupan yang berbeza.


Dan, setiap ujian yang kita hadapi itu sentiasa ada jawapannya. Jawapan itu ada di dalam al-Quran. Allah menjawab setiap persoalan hamba-Nya.


"Kenapa aku diuji sebegini?"

- "Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya".
(Surah Al-Baqarah, 2:286)

"Aku kecewa Ya Allah?"

- "Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman".
(Surah Ali-Imran, 3: 139)

"Bagaimana harus aku hadapinya Ya Allah?"

- "Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk".
(Surah Al-Baqarah, 2:45).

Lihatlah bagaiman Allah menjawab setiap pertanyaan kita sebagai seorang hamba. Allah tahu ujian yang diberikan itu mampu untuk dihadapi. Itulah tanda Allah sayang. 


Semoga, aku, kamu dan semua dapat hadapi setiap ujian yang diberikan. Bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah tahu apa yang tidak kita ketahui. 

Dalam hidup ini, belajarlah untuk redha dengan setiap takdir yang ditetapkan oleh Allah. Mudah-mudahan ada hikmah disebalik ujian. Tetaplah tersenyum, kerana bahagia itu ada.


Dunia,
ia tidak kekal.
sampai masa ia akan hancur berkecai.

Sakit itu sementara.
Sedih itu sementara.
Belajarlah bersyukur saat diuji.

Bahagia itu cuma di syurga!
Ayuh, sama2 kita raih syurga yang kekal abadi.

  


Thursday, November 8, 2018

BBM3410/18: Popular 2 saat!

Assalamualaikum semua, apa khabar? semoga dalam jagaan Allah hendaknya.

Kali ini ku nak cerita tentang Prof ku yang hebat. Pada 5 November 2018, hari Isnin sekitar jam 8.30 pagi prof masuk TV Al-Hijrah!

Pada hari tersebut, kami diberi arahan untuk menonton tv Al-Hijrah kerana prof masuk tv ketika itu. Disebabkan hari itu, kelas kami dibatalkan jadi prof bagi kerja tersebut. Ini merupakan arahan yang diberikan kepada kami.

Prof bagitahu dia masuk Tv. 

                  
Arahan hagtag yang kena buat. 

"Ambil gambar elok-elok, nanti post di Instagram".

"Bagi la aku popular 2 saat!"

Kadang-kadang, lucu dengan gelagat prof ni tau tak. Seorang yang sangat sempoi dan kelakar..Patutlah prof selalu minta buat hagtag kelakar..Prof pun dah kelakar..heheheh.

Maka, disebabkan ku dikolej dan kolej manalah ada tv, jadi tengok la melalui youtube. Jadi, ku tengok la siaran tersebut dan ambil gambar prof dengan telefonku.

inilah dia gambar prof yang masuk tv tu. Cantikkan prof, nampak berseri-seri. Pengacara ketika itu pula Asyraf Muslim dan Irma Hasmie. Ramai yang minat dengan mereka, hahaha..

Asyraf Muslim dan Irma Hasmie 

Tajuk yang dibincangkan adalah, 'Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Hubungan Antara Kaum melalui Alam Siber'. Sangat menarik tajuk yang dikupas dan prof berjaya menjelaskan dan berkongsi ilmu dengan cukup baik sekali. 

Fokusnya prof bagi penjelasan. 

Setelah ambil gambar, ku post di Istagram seperti yang diminta. Kawan-kawanku juga turut sama. Prof nak 80 orang mesti post gambar yang diambil daripada Tv Al-Hijrah itu sebagai bukti. Letak kepsyen seperti yang diminta. 

Jom prof kita pergi beli lipstik

Jom!! 

Pada petang itu, prof like dan komen postku. Gembira bila dapat like dan komen daripada prof. Markah tu dan yang paling lucu prof balas ku punya hagtag,hahaha..tapi memang lawa pun warna lipstik prof. 

Prof bukan popular 2 saat je, tapi lebih. Bangga punya pensyarah yang hebat dan berilmu pengetahuan tinggi. Bukan calang-calang orang boleh masuk Tv, popular prof satu hari.. Semua tengok prof dalam Tv. 

Apa pun, ambil ilmu yang disampaikan dan berusahalah menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Sama-samalah kita martabatkan bahasa Melayu kita. 

#MartabatBahasaMelayuUPM 
#PengharmonianAntaraKaum 
#BetulkanYangBiasaBiasakanYangBetul 


Thursday, November 1, 2018

BBM3410/18: Kenangan Terindah Bagiku

Inilah kali pertama seumur hidupku.

Merasai, melihat dan berkunjung sendiri melihat suasana bahagia itu..Sungguh, terasa gembira sehingga sebak di dada..Ku tumpang gembira melihat orang lain bahagia.

Itulah hari Majlis Konvokesyen UPM kali ke-42 yang di adakan di Dewan Besar UPM selama 4 hari iaitu bermula 27-30 Oktober 2018.

Kemeriahan terasa

Mengapa kali pertama?

Kerana, sepanjang 7 semester pada tahun inilah ku mempunyai senior-senior yang bergraduat dan yang ku rapat..Pada tahun sebelum-sebelum ini ku tidak berkesempatan untuk datang ke pesta konvo kerana pesta konvo berlangsung pada hari kuliah,jadi hanya mampu tengok daripada jauh jela.

Kehadiran ibu bapa meriahkan suasana

Tetapi, kali ini mungkin rezekiku dapat merasai, melihat sendiri dan meraikan bersama sahabat-sahabat yang konvo memandangkan pesta konvo berlangsung pada cuti pertengahan semester. Lagi pula, cuti kali ini ku berkampung di Upm je..

Melihat wajah ibu bapa dan keluarga yang datang meraikan anak mereka masing-masing membuatkan ku mengalirkan air mata secara tiba-tiba. itulah harapan dan kejayaan yang ingin dilihat oleh setiap ibu bapa.

Terpancar senyuman kegembiraan 

suasana konvo sangat meriah..keriuhan suara-suara ucapan tahniah buat para graduan menjadikan hari konvo itu satu kegembiraan buat diri. Melihat sendiri di depan mata dan merasai kegembiraan sahabat-sahabat semua, ku rasa indahnya hari itu!

Alhamdulillah, ku berkesempatan untuk meraikan hari bersejarah sahabat-sahabatku 4 hari berturut-turut. Memandangkan masing-masing pada hari yang berbeza, jadi 4 hari juga ku berada di Dewan Besar UPM itu. Sudah semestinya, setiap kali itu suasananya berbeza..Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, hujan pula pada waktu petang. Kawasan sekitar mulai basah dan sedikit berlumpur.

Hujan pada waktu petang

Jadi, inilah dia 4 orang sahabatku yang ku raikan di hari konvokesyen mereka. Masing-masing dari kos yang berbeza iaitu, kos Kesusasteraan Melayu, Linguistik Melayu, Bahasa Asing (Jerman) dan Jurutera.

Hari pertama: Kak Atin (Kesusasteraan Melayu) 

Hari kedua: Kak Tirah (Jerman) 

Hari ketiga: Naimah (Jurutera) 

Hari keempat: Kak Ana (Linguistik Melayu) 

Inilah hari yang bermakna buatku, kerana inilah pertama kali ku menghadiri majlis konvokesyen di UPM. Ternyata, aura konvo itu masih berbekas dijiwa..Keindahannya masih terasa.

In sya Allah, tahun hadapan ku juga bakal merasainya. Memberi kebahagiaan buat ahli keluarga.. Itulah impian yang dinantikan oleh setiap insan bergelar pelajar. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diakhiri dengan kebaikan.

Aamiin.

Datang dengan satu harapan,
Pulang dengan satu kejayaan.

Sama-sama doakan.

BBM3410/18: Postku Prof LIKE

Setiap kali tugasan Multimedia, selalu terfikir gambar apa yang ingin dimasukkan ke dalam Instagram..Maklumlah, saya ni bukan jenis kaki selfie sangat lepas tu jarang sangat nak post gambar diri sendiri dalam Instagram. kalau lihat gambar-gambar sebelum ini memang lebih suka letak gambar pemandangan, bunga dan sebagainya.

mesti prof bosan kalau tengok gambar tak menarik..Lagipun, markah tu daripada post gambar.

lagi satu, cabaran juga bagi saya nak buat #kelakar sebab diri sendiri pun tak kelakar, macam mana nak tulis kelakar..hahaha, mungkin kena lebih tengok rancangan super spontan kot, tak pun Maharaja Lawak Mega, baru ada idea nak buat kelakar, betul tak?

setelah membuat tugasan berminggu-minggu, tak ku sangka, tak ku duga Prof LIKE gambar-gambar yang saya post! memang suka sampai ke telinga la bila prof LIKE.

Bila prof LIKE, cepat-cepat screenshot.

LIKE prof ni mahal betul..kalau prof dislike balik memang nanya dibuatnya..hahaha, bukti dari prof tu menandakan adanya markah disitu.

Prof LIKE, yeayy!! 

Begitulah, dari hari ke hari menanti Like dari prof.. Ibarat menanti jodoh datang je..hehehe.

Walaupun,tugasan Prof hanya masukkan gambar di dalam Instagram tetapi setiap minggu wajib 3 post..

Kerap kali la kena menangkap gambar yang cantik-cantik dan menarik.. Telefon dan diriku berpisah tiada, huhuhuh. 

Nanti, prof LIKE banyak-banyak lagi tau post saya yang seterusnya, kempunan LIKE pula dah!! 

Ok, sayang Prof..

BBM3410/18: OK, Tandanya Setuju.

Assalamualaikum, bertemu lagi untuk penulisan kali ini.

OK, tandanya setuju?

Setuju apa tu agak-agaknya? Hurmm...

Setuju pergi bercutikah? setuju ada makan-makankah? kalau setuju semua tu memang dah lama teringin..hahaha.

Tapi, sebenarnya OK, tandanya setuju #SayaMohonIsninKuliahSecaraOnline..ini semua tanda sokong isnin kelas dibuat secara atas talian..Hai, belum pernah rasanya post gambar tangan Ok dalam Instagram, tapi begitulah arahan Prof..Gambar Ok itu kena cukup 80 post,maksudnya semua ahli kelas kena post,maka bermula semua berbuat demikian semata-mata nak kelas secara atas talian hari isnin nanti.

Inilah dia arahan yang diberikan kepada kami.. Semua kalut disaat-saat akhir sebab tak cukup 80..hanya mampu ketawa tengok gelagat kawan-kawan ku.

Arahan daripada Prof

Maka, saya pun terus post gambar tangan OK itu, tandanya setuju kelas hari isnin dibuat secara online. 

OK, tanda setuju

Kawan-kawan pun gigih semua post di Instagram lambang OK itu.. 80 orang kena buat, kalau tak cukup maka, kelas berjalan seperti biasa. Huhuhu. 

Semua nak cuti lagi ehh!

Malam itu, tak sangka dapat LIKE daripada Prof, suka woo bila Prof LIKE, bukan senang nak dapat.

Terima kasih Prof

Itulah yang berlaku pada minggu cuti pertengahan semester kali ini.. Walaupun cuti, kerja prof tetap berjalan seperti biasa. 

Ok la, nak sambung post 10 keping gambar #KampungKu di Instagram.. Cuti nie, saya berkampung di bumi UPM je.. Jadi bertabahlah bila tengok kawan-kawan kampung tu. 







Friday, October 26, 2018

BBM3410/18: Hariku Akan Tiba Jua

'Hariku akan tiba jua'.

Hari apakah itu? Hari konvokesyen.

Bermula 27hb hingga 30hb Oktober merupakan hari konvokesyen pelajar-pelajar UPM. Melihat senior-senior melakukan pre-konvo rasa macam,

"Bestnya mereka dah konvo", "Cantiknya gambar-gambar mereka ambil".

Tumpang gembira untuk semua, Dalam hati berkata, "Sampai masanya, aku akan merasainya juga. Sabar dan kuatkan semangat. Sikit lagi nak habis, semoga Allah permudahkan segalanya dan akhiri dengan kebaikan".

suntik semangat kembali, kerana demi Allah aku tidak kuat, kerana Allah aku kena kuat.

Tahniah semua! 

Disebalik senyuman mereka, tidak ku tahu berapa banyak air mata mereka jatuh, berapa kali jatuh bangun mereka. Ku tahu bukan senang nak sampai ke tahap ini, tetapi mereka sudah berjaya capai impian mereka,tahniah!

jika mereka boleh, saya juga boleh. tetaplah tersenyum, kerana bahagia itu ada.
in sya Allah, bulan 10 tahun 2019 saya juga akan konvo. aamiin.

BBM3410/18: Malu Sangat

Assalamualaikum,

Hai kali ini saya nak cakap yang minggu ini giliran saya melakukan pembentangan subjek Keterampilan Berbahasa Melayu. Tajuk yang kumpulan kami pilih adalah '3 Tips Pembelian Rumah Pertama'. Sebenarnya tajuk ni agak berat sebab saya sendiri takde pengalaman soal itu, tapi cuba jugak.

"Dalam banyak-banyak rumah kan,rumah apa yang paling bahagia?"

"Rumah tangga kita"

Apabila soalan tersebut ditanya kepada penonton, rata-rata itulah jawapan yang diberikan. Sewaktu bentang rasa malu sangat sebab kena tanya soalan begitu kepada penonton. Tak pernah-pernah soalan sedemikian keluar daripada mulut depan orang ramai.. konon-konon 'pick up line' gitu..huhuhu. Kalau ikutkan tak nak pun tanya begitu, tapi supaya tak rasa bosan, buat jugalah, tapi itu hanyalah tugasan semata-mata, ku redha.

Apa pun, yang pasti dah siap bentang tugasan 1. 

Perunding Hartanah Anda

Dalam masa yang sama, saya kena rakam video tugasan 2 (individu) bertajuk, 'Pemartabatan Bahasa Melayu'. Penat la juga sebab dari pagi berada di kawasan fakulti dan petang baru balik kolej.

Rakam video individu

Badan dah penat, tidur tak cukup, hilang selera makan. 

kepala pun rasa ting tong, tapi kena juga kuatkan diri. Lepas tu cuti pertengahan semester jadi boleh la rehat pulihkan badan kembali.

ok lah, itu saja nak kongsi. semoga Allah terus bagi kekuatan untuk melangkah meneruskan perjuangan. Doakan.

BBM3410/18: Tugasan Minggu 7

Assalamualaikum, hai semua..apa khabar,sihat ke?

Minggu 7 ni merupakan minggu kritikal kan bagi kita, korang tak rasa ke?  Bagi saya, minggu 6 dan minggu 7 adalah minggu yang sangat-sangat penat dan tertekan. sebab apa? sebab semua kerja kena siapkan dengan cepat. maklum la sudah dekat dengan cuti midsem, jadi semua fikir nak balik kampung je.. tapi saya tak balik, duduk di UPM je. huhuhuhu..

Baiklah, kali ini saya nak kongsi tentang tugasan minggu 7 saya. Mula-mulakan, Prof buka YouTube kemudian tunjuk video Bruno Mars menyanyi dan menari, korang rasa tugasan macam mane tu? hahaha, kali ini kami kena buat video one shot. Video yang menggunakan lagu yang dipilih kemudian menyanyi dan menari..Tetapi menyanyi tu guna mimik muka je.. Video yang direkod tu kena tunjuk selepas buka cuti midsem nanti.

Bermulalah proses memilih lagu untuk buat cover lagu yang dipilih. Jadi, ahli kumpulan kami pilih lagu Safiey Ilias (Syinta Gila). Mula-mula tengok tajuk lagu, terfikir lagu apa dan macam mana tarian dia sebab tak pernah dengar pun lagu ni. Lagipun Prof nak lagu yang rancak dan seronok. Jadi bila dengar tu rasa, muzik dia sedap juga didengar tetapi penyanyi tu tak berapa ok. (Tak pasal2 pulak nanti kami kena kecam dan masuk Motif Viral sebab buat cover lagu tu, hahaha) tapi itu hanyalah tugasan semata-mata, takde maknanya nak sokong pihak tersebut.

Lirik lagu Syinta Gila

Jadi, ini antara lagu-lagu yang dipilih oleh 8 ahli kumpulan, Bertabahlah untuk buat semua tu.
Katanya Prof,

"awak semua kena redha dengan tugasan yang diberikan, kalau tak saya tambah lagi".

"Baiklah Prof"

Antara lagu yang dipilih

Selepas itu, memandangkan cuti midsem itu ramai yang balik kampung, jadi Prof minta ambil 10 keping gambar di kampung dan masukkan ke dalam Instagram dengan meletakkan #KampungKu.

saya rasa itu sahaja post saya untuk kali ini, Jika ada peluang saya sambung ke entry seterusnya. selamat bercuti, dan jangan lupa tugasan yang diberikan.!!!

Ok, Assalamualaikum.

Wednesday, October 17, 2018

BBM3410 /18: Pembentangan Tugasan

Semakin hari, semakin melewati minggu-minggu kritikal. Pada 15/10/18 iaitu hari Isnin, saya telah selesai melakukan pembentangan tugasan subjek Pendidikan al-Quran dan as-sunnah berkaitan ilmu tafsir.

Saya pulak kumpulan pertama, rasa cuak juga la sebab macam2 rasa, berdebar, takut apa semua. Yang paling risau, pagi tu video kami tak dapat tengok sebab kena block di YouTube, jenuh pula kena save di Google Drive nak bagi kepada ustazah. Nasib la dapat. 

 
Gadis melayu terakhir..ceh.

Berada di tengah2, bertudung labuh krim tu ustazah saya, Ustazah Fathiyah yang cantik jelita..

Alhamdulillah, pembentangan berjalan dengan lancar dan banyak lagi ilmu kena belajar. Seronok belajar ilmu tafsir walaupun agak susah sebab banyak nama2 kitab dan tokoh. 

Baiklah, itu saja coretan saya.. Kita jumpa di post akan datang, ok? Assalamualaikum. 

BBM3410 /18: Cabaran Demi Cabaran

CABARAN!

Saya rasa semua orang ada cabaran dia, saya pun sama. Kadang, rasa tak mampu nak hadap cabaran kehidupan. Tapi, kita manusia tak lepas dari diuji kan?

Sejak dua menjak ni, saya rasa cabaran saya makin tercabar! Sebabnya, bila masuk minggu ke-6 ni minggu yang saya rasa sangat2 hilang semangat. Kau boleh bayang tak? Nak demam rasa. 

Kena hadap PITA yang masih lagi diawan-awangan tanpa kepastian, hadap test peperiksaan, pembentangan subjek, assignments lagi.. Otak pun rasa dah tepu nak masuk semua tu, cabaran semester akhir ni buatkan jiwa dan raga memberontak! 

Limit untuk saya bertahan, rasa dah terbang seketika.. Sedih bila semangat hilang sebab semua tu lumrah belajar kot. Apa pun, doakan semoga saya kuat hadap semua cabaran tu hingga akhirnya. 

Ujian Undang2 keluarga Islam

            Ujian pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

Benarlah kata-kata Imam As-Syafie, 

"Jika kamu merasakan penatnya belajar (menuntut ilmu) , maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan". 

Jadi, jangan merasa lemah untuk terus belajar kerana ilmu itu penyuluh kehidupan. 

Kuatkan semangat! 

BBM3410/18 : Minggu 6

Assalamualaikum, hai semua..minggu ke-6 ni saya kena buat fotografi lagi, last fotografi katanya prof. Minggu ni ambil gambar berdasarkan simpulan bahasa. Hurm, macam mana tu?

Ok, begini.
Setiap simpulan bahasa tu kena ambil gambar, buat la gaya macam simpulan bahasa yang dipiih.  Prof minta 10 jenis simpulan bahasa tak boleh sama dengan ahli lain. Jadi, inilah dia di antara jenis simpulan bahasa yang dipilih oleh semua.

simpulan bahasa dari semua simpulan.

Bukan senang weh nak buat gaya simpulan bahasa tu. Sejak ambil subjek multimedia ni kan, saya rasa dah boleh minta kerja jadi pelakon, jadi pelakon tambahan pun boleh.. Hahaha.. Tapi ada ke yang sudi ambil jadi pelakon, angan2 je lebih!

Minggu depan kena tunjuk slide, dan bentangkan dihadapan prof, harap2 setiap simpulan bahasa tu kena la dengan gaya gambar yang kami ambil.

Lepas tu kan, kena pulak bersiap sedia nak buat adobe photoshop.. Weh, saya benda2 begitu dah la perlahan sikit nak faham..

Dah la sejenis yang mudah kalut! Ok, kita tengok la macam mane nanti.

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Kolej Tiada Air

Berita menyedihkan minggu ini. Sedih minggu ni sebab kolej tiada air, huaaa. Pada minggu lepas, pihak jabatan logi air telah memberitahu bahawa minggu ini Selangor tidak akan ada air selama empat hari. Ia bermula pada 9 hb sehingga 12 hb. Pengalaman tiada air ini memang sudah biasa di Selangor tetapi, kali ini rasa macam susahnya.

"Sebelum air tiada, baik saya simpan air dalam baldi, bersiap sedia"


Semua pelajar siap sedia simpan air

Bangun pagi tadi, saya ingat air sudah ada sebab kelmarin pihak logi air cakap air sudah baik seperti biasa. Tetapi, alangkah sedihnya bila malam itu, air semakin perlahan dan sudah tiada lagi air pagi ini. Bila tiada air ini suatu cabaran juga sebab nak membuat suatu perkara itu susah. Nak mandi, nak megambil air sembahyang, dan sebagainya.

Itulah suatu perkara yang rasa pentingnya air sebenarnya. Hidup tanpa air sebenarnya susah juga sebab air merupakan keperluan seharian manusia.

Harap-harap air kembali ada seperti biasa. Mujur ada air tangki walaupun air tangki itu berkarat. Dah macam air coklat.. 

Bersyukurlah bahawa nikmat air itu besar dan jangan membazir air secara berlebihan, okey?

Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....