Friday, November 9, 2018

BBM3410/18: Allah Selalu Sayang

Assalamualaikum dan salam sayang kerana Allah.

Penulisan kali ini, ku ingin berkongsi tentang ujian. 

Kita manusia, sering kali diuji, dan setiap orang tidak lepas daripada diuji. Allah uji kerana sayang. Allah selalu sayang kerana melalui ujian itulah Allah janjikan syurga. Allah nak beri syurga Allah akan melihat keimanan hamba-hamba-Nya.

Setiap orang ujiannya adalah berbeza, tidak pernah sama. Di dalam kehidupan kita juga, jangan pernah kita membandingkan ujian kita dengan orang lain, rezeki kita dengan orang lain, kerana setiap orang Allah takdirkan jalan kehidupan yang berbeza.


Dan, setiap ujian yang kita hadapi itu sentiasa ada jawapannya. Jawapan itu ada di dalam al-Quran. Allah menjawab setiap persoalan hamba-Nya.


"Kenapa aku diuji sebegini?"

- "Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya".
(Surah Al-Baqarah, 2:286)

"Aku kecewa Ya Allah?"

- "Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman".
(Surah Ali-Imran, 3: 139)

"Bagaimana harus aku hadapinya Ya Allah?"

- "Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk".
(Surah Al-Baqarah, 2:45).

Lihatlah bagaiman Allah menjawab setiap pertanyaan kita sebagai seorang hamba. Allah tahu ujian yang diberikan itu mampu untuk dihadapi. Itulah tanda Allah sayang. 


Semoga, aku, kamu dan semua dapat hadapi setiap ujian yang diberikan. Bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah tahu apa yang tidak kita ketahui. 

Dalam hidup ini, belajarlah untuk redha dengan setiap takdir yang ditetapkan oleh Allah. Mudah-mudahan ada hikmah disebalik ujian. Tetaplah tersenyum, kerana bahagia itu ada.


Dunia,
ia tidak kekal.
sampai masa ia akan hancur berkecai.

Sakit itu sementara.
Sedih itu sementara.
Belajarlah bersyukur saat diuji.

Bahagia itu cuma di syurga!
Ayuh, sama2 kita raih syurga yang kekal abadi.

  


No comments:

Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....