Thursday, November 1, 2018

BBM3410/18: Kenangan Terindah Bagiku

Inilah kali pertama seumur hidupku.

Merasai, melihat dan berkunjung sendiri melihat suasana bahagia itu..Sungguh, terasa gembira sehingga sebak di dada..Ku tumpang gembira melihat orang lain bahagia.

Itulah hari Majlis Konvokesyen UPM kali ke-42 yang di adakan di Dewan Besar UPM selama 4 hari iaitu bermula 27-30 Oktober 2018.

Kemeriahan terasa

Mengapa kali pertama?

Kerana, sepanjang 7 semester pada tahun inilah ku mempunyai senior-senior yang bergraduat dan yang ku rapat..Pada tahun sebelum-sebelum ini ku tidak berkesempatan untuk datang ke pesta konvo kerana pesta konvo berlangsung pada hari kuliah,jadi hanya mampu tengok daripada jauh jela.

Kehadiran ibu bapa meriahkan suasana

Tetapi, kali ini mungkin rezekiku dapat merasai, melihat sendiri dan meraikan bersama sahabat-sahabat yang konvo memandangkan pesta konvo berlangsung pada cuti pertengahan semester. Lagi pula, cuti kali ini ku berkampung di Upm je..

Melihat wajah ibu bapa dan keluarga yang datang meraikan anak mereka masing-masing membuatkan ku mengalirkan air mata secara tiba-tiba. itulah harapan dan kejayaan yang ingin dilihat oleh setiap ibu bapa.

Terpancar senyuman kegembiraan 

suasana konvo sangat meriah..keriuhan suara-suara ucapan tahniah buat para graduan menjadikan hari konvo itu satu kegembiraan buat diri. Melihat sendiri di depan mata dan merasai kegembiraan sahabat-sahabat semua, ku rasa indahnya hari itu!

Alhamdulillah, ku berkesempatan untuk meraikan hari bersejarah sahabat-sahabatku 4 hari berturut-turut. Memandangkan masing-masing pada hari yang berbeza, jadi 4 hari juga ku berada di Dewan Besar UPM itu. Sudah semestinya, setiap kali itu suasananya berbeza..Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, hujan pula pada waktu petang. Kawasan sekitar mulai basah dan sedikit berlumpur.

Hujan pada waktu petang

Jadi, inilah dia 4 orang sahabatku yang ku raikan di hari konvokesyen mereka. Masing-masing dari kos yang berbeza iaitu, kos Kesusasteraan Melayu, Linguistik Melayu, Bahasa Asing (Jerman) dan Jurutera.

Hari pertama: Kak Atin (Kesusasteraan Melayu) 

Hari kedua: Kak Tirah (Jerman) 

Hari ketiga: Naimah (Jurutera) 

Hari keempat: Kak Ana (Linguistik Melayu) 

Inilah hari yang bermakna buatku, kerana inilah pertama kali ku menghadiri majlis konvokesyen di UPM. Ternyata, aura konvo itu masih berbekas dijiwa..Keindahannya masih terasa.

In sya Allah, tahun hadapan ku juga bakal merasainya. Memberi kebahagiaan buat ahli keluarga.. Itulah impian yang dinantikan oleh setiap insan bergelar pelajar. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diakhiri dengan kebaikan.

Aamiin.

Datang dengan satu harapan,
Pulang dengan satu kejayaan.

Sama-sama doakan.

No comments:

Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....