Friday, April 26, 2019

Bersangka Baik

Assalamualaikum.

Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri.

Sering kali kita dengar, bersangka baiklah dengan Allah atas segala ujian dan takdir yang ditentukan kerana pasti ada hikmah disebaliknya. Allah pasti merancang sesuatu yang baik buat kita.

Benar,

Kita akan nampak hikmah ujian bila kita berjaya lalui semua ujian2-Nya. Setiap rasa sakit, sedih, kecewa dan lemah yang dirasai akan digantikan dengan kebaikan bila tiba waktu-Nya.

Cuma, bagaimana hendak YAKIN dengan janji-Nya.

Bukan mudah mendidik hati.
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba.
Bukan mudah melalui kehidupan dunia.

Namun begitu,

Pernah tak terfikir bagaimana susahnya kehidupan akhirat lagi?

Kehidupan yang abadi.
Kehidupan yang diperhitungkan segala amalan diri.
Kehidupan yang tiada ujian lagi.
Kehidupan yang menentukan dimana terletaknya diri.

Allahurabbi.

Kerdilnya diri ini.
Mengeluh setiap kali ujian menimpa diri.
Berputus asa dengan rahmat Ilahi.
Mengalah dengan bisikan nafsu diri.
Kerana jahilnya ilmu agama dalam sanubari.

Belajar memantapkan ilmu ukhrawi.
Tiada yang sia-sia pada pandangan Ilahi.
Diuji berkali-kali bukan kerana benci.
Tetapi untuk bersihkan hati dan dosa dalam kehidupan ini.

Pandanglah ujian dengan cinta.
Pandanglah air mata dengan rela.
Pandanglah kesedihan dengan bertemankan redha.
Pandanglah kasih sayang Tuhan dengan hati yang berjiwa hamba.

Bersederhana dalam kehidupan melahirkan rasa kesyukuran.

Fitrah semula jadi manusia adalah hidup berTuhan.



Jumaat |26 April 2019
Kerana Cinta Aku Kembali
Bersangka Baik Dengan Ilahi.

No comments:

Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....