Tuesday, April 2, 2019

Kuatlah Demi Tuhanmu

Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan kurniaannya.. Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah.. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.

Sudah lama tidak menjengah blog ini.. Terasa rindu ingin menulis tinta sebagai curahan rasa untuk berkongsi cerita.. Mana yang baik dijadikan ibrah bersama, dan yang buruk menjadi tauladan untuk memperbaiki diri ini.

KUATLAH DEMI TUHANMU!

Inilah kalam penguat diri.. Jika tidak kuat kerana Allah, maka pada siapa lagi untuk ku mencari kekuatan?

Pada makhluk?

Nescaya banyak kekecewaan yang diperoleh.. Kadang ia melemahkan jiwa tanpa disedari.

Maka, cukuplah disandarkan pada Allah yang Maha Kuat dan Besar.

Kadang kala, tatkala diri di uji dengan suatu perkara yang terasa berat untuk dijalani, maka cara untuk kuatkan diri balik adalah dengan menangis..

Kekuatan yang dimiliki adalah melalui air mata.

Kenapa air mata?

Kerana disetiap sujud dan doa, hanya air mata yang mampu dizahirkan ketika mulut sudah tidak mampu lagi untuk berbicara.

Allah mengira setiap titisan air mata itu..Allah tahu diri hamba-Nya sudah cukup penat dan sedih.. Allah bukan ingin menguji kerana ingin melemahkan, tetapi Allah ingin mentarbiah diri dan tingkatkan iman dihati.

Tunjukkan senyuman dan kegembiraan dihadapan manusia, sembunyikan kesedihan dan kesakitan yang dirasai.. Kuatlah!

Manusia hanya mampu memandang luaran tetapi Allah memandang seluruh kehidupan.. Allah tahu apa yang kita tidak tahu.. Masa depan, rezeki, jodoh DIA yang berkuasa atas segalanya.

Tatkala lemah kerana kata-kata manusia, kuatlah kerana Allah kerana Allah lah tujuan utama kehidupan.

Dunia, memang diciptakan untuk manusia. Tetapi bukan untuk selamanya.



Tuesday | 2 April 2019
Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat 

No comments:

Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....