Sunday, April 7, 2019

Air Mata Itu

AIR MATA.

Satu kurniaan Allah yang unik. Mengalir tanpa diminta, kering selepas hilang segala cerita.

Air mata itu sebenarnya terasa nikmat bila segala masalah di adukan kepada Allah. Merintih, memohon, menceritakan segala urusan yang terbuku dihati pada pemilik hati.

Manusia hanya mampu memandang luaran, tetapi dihati hanya Allah yang tahu segala isi hati. Pernah tak rasa pahitnya untuk menelan segala ujian, kena tabah dan sabar menempuh jalan.

Tetapi, Allah selalu sayang.

Sakitkan bila diherdik, diperli, dicaci dan sebagainya dengan mulut 'berbisa' manusia. Andai kita tiada hati yang teguh, jiwa yang kuat nescaya kita jatuh tersungkur dan merasakan Allah itu tidak adil.

Selalu diingatkan pada diri, setiap apa yang dijalani pasti ada hikmahnya, pasti baik menurut Allah.

Orang yang tidak berada disituasi orang lain, dia takkan mampu nak selami jiwa orang lain.. Hati itu rapuh, jika dipijak-pijak selalu pasti akan hancur.

Belajar untuk memaafkan walaupun sulit untuk menelan.

Nikmatnya air mata bila dapat menangis semahunya. Biarlah manusia tidak melihat tetapi Allah Maha Penyubat.


Sunday | 7 April 2019
Kuat Demi Tuhanku.


No comments:

Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....