Berita menyedihkan minggu ini. Sedih
minggu ni sebab kolej tiada air, huaaa. Pada minggu lepas, pihak jabatan logi air
telah memberitahu bahawa minggu ini Selangor tidak akan ada air selama empat
hari. Ia bermula pada 9 hb sehingga 12 hb. Pengalaman tiada air ini memang
sudah biasa di Selangor tetapi, kali ini rasa macam susahnya.
"Sebelum air tiada, baik saya simpan air dalam baldi, bersiap sedia"
Semua pelajar siap sedia simpan air
Bangun pagi
tadi, saya ingat air sudah ada sebab kelmarin pihak logi air cakap air sudah
baik seperti biasa. Tetapi, alangkah sedihnya bila malam itu, air semakin
perlahan dan sudah tiada lagi air pagi ini. Bila tiada air ini suatu cabaran
juga sebab nak membuat suatu perkara itu susah. Nak mandi, nak megambil air
sembahyang, dan sebagainya.
Itulah suatu perkara yang rasa pentingnya air sebenarnya. Hidup tanpa air sebenarnya susah juga sebab air merupakan keperluan seharian manusia.
Harap-harap air kembali ada seperti biasa. Mujur ada air tangki walaupun air tangki itu berkarat. Dah macam air coklat..

Bersyukurlah bahawa nikmat air itu besar dan jangan membazir air secara berlebihan, okey?
No comments:
Post a Comment