Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: Pengenalan Kursus Multimedia

Pada semester baru ini, maka bermulalah kembali perjalanan sebagai pelajar tahun akhir. Pada minggu 1, Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim, telah memberi pendedahan dan penerangan dengan terperinci kepada kami tentang kursus Multimedia Dalam Bahasa. Selain itu, Prof Dr Normaliza juga turut memberi penerangan kepada pelajar tentang perjumlahan markah, tugasan yang akan dilakukan dan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan. Selepas itu, Prof Dr. Normaliza meminta para pelajar untuk membentuk kumpulan masing-masing. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada 10 orang ahli. Prof Dr. Normaliza juga turut mengingatkan para pelajar untuk datang ke kelas tepat pada waktunya, tidak boleh ponteng begitu sahaja.

Seterusnya, Prof Dr. Normaliza turut memberi kuliah tentang kerja yang akan dilakukan pada minggu kedua. Pada minggu kedua, Prof Dr. Normaliza akan mengajar tentang asas grafik. Jadi, para pelajar diminta untuk membawa:

1) 6 keping multing board berwarna hitam bersaiz A4.
2) Bawa gunting, gam UHU stick, punch, riben berukuran suku inci lebar dan panjang 1/2 meter.
3) Bawa majalah terpakai yang glosey



No comments:

Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....