Friday, April 26, 2019

Bersangka Baik

Assalamualaikum.

Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri.

Sering kali kita dengar, bersangka baiklah dengan Allah atas segala ujian dan takdir yang ditentukan kerana pasti ada hikmah disebaliknya. Allah pasti merancang sesuatu yang baik buat kita.

Benar,

Kita akan nampak hikmah ujian bila kita berjaya lalui semua ujian2-Nya. Setiap rasa sakit, sedih, kecewa dan lemah yang dirasai akan digantikan dengan kebaikan bila tiba waktu-Nya.

Cuma, bagaimana hendak YAKIN dengan janji-Nya.

Bukan mudah mendidik hati.
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba.
Bukan mudah melalui kehidupan dunia.

Namun begitu,

Pernah tak terfikir bagaimana susahnya kehidupan akhirat lagi?

Kehidupan yang abadi.
Kehidupan yang diperhitungkan segala amalan diri.
Kehidupan yang tiada ujian lagi.
Kehidupan yang menentukan dimana terletaknya diri.

Allahurabbi.

Kerdilnya diri ini.
Mengeluh setiap kali ujian menimpa diri.
Berputus asa dengan rahmat Ilahi.
Mengalah dengan bisikan nafsu diri.
Kerana jahilnya ilmu agama dalam sanubari.

Belajar memantapkan ilmu ukhrawi.
Tiada yang sia-sia pada pandangan Ilahi.
Diuji berkali-kali bukan kerana benci.
Tetapi untuk bersihkan hati dan dosa dalam kehidupan ini.

Pandanglah ujian dengan cinta.
Pandanglah air mata dengan rela.
Pandanglah kesedihan dengan bertemankan redha.
Pandanglah kasih sayang Tuhan dengan hati yang berjiwa hamba.

Bersederhana dalam kehidupan melahirkan rasa kesyukuran.

Fitrah semula jadi manusia adalah hidup berTuhan.



Jumaat |26 April 2019
Kerana Cinta Aku Kembali
Bersangka Baik Dengan Ilahi.

Thursday, April 18, 2019

Luka Terjahit Sendiri

"Itulah hakikat dunia, ada perkara yang diwujudkan bukan bertujuan untuk difahami, tetapi untuk diterima dengan hati yang terbuka"

-Teme Abdullah #SignatureJalanan.

Begitulah dunia, sukar untuk dimengertikan..Bila cuba untuk faham makna akhirat, mulalah dunia racuni fikiran.

Bila nafsu mendahului akal.
Penat, sakit, derita, sedih.
Semua terasa.

Kadang, kata bicara manusia ini berbisa.
Tajam.
Bila tajam, akan terluka.
Bila terluka akan meninggalkan parut.
Sakit bukan kepalang.

Penat memikirkan urusan dunia.
Tatkala berusaha menyenangkan hati orang sekeliling, nescaya ada ketika kau tak mampu.

Berkata Prof. Muhaya,

"Bila fikir dan nak penghargaan manusia, nescaya  kita akan penat, sedih. Sebab apa? Sebab apa yang kita buat tidak dihargai oleh orang lain, tidak dinilai oleh orang.. Sedih bukan? Jadi usahlah tagih penghargaan orang, berilah yang terbaik walaupun kita tidak dilayan dengan baik, Allah lihat kebaikan kita".

Jahitlah hati yang terluka dek kata2 manusia sendiri. Tiada siapa yang boleh rawat hati kita kembali jika bukan kita.

Bagaimana nak jahit?

Kembali semula kepada Allah, minta Allah sembuhkan, minta Allah ubatkan, minta Allah hilangkan rasa sakit, minta Allah agar luka yang ada tidak meninggalkan parut terlalu lama.

Setiap ujian yang hadir, belajar menjadi seorang yang tabah.


Juma'ah Barakah | 19 April 2019
Senyumlah Pada Duka, Selepas Duka Ada Bahagia.






Sunday, April 7, 2019

Air Mata Itu

AIR MATA.

Satu kurniaan Allah yang unik. Mengalir tanpa diminta, kering selepas hilang segala cerita.

Air mata itu sebenarnya terasa nikmat bila segala masalah di adukan kepada Allah. Merintih, memohon, menceritakan segala urusan yang terbuku dihati pada pemilik hati.

Manusia hanya mampu memandang luaran, tetapi dihati hanya Allah yang tahu segala isi hati. Pernah tak rasa pahitnya untuk menelan segala ujian, kena tabah dan sabar menempuh jalan.

Tetapi, Allah selalu sayang.

Sakitkan bila diherdik, diperli, dicaci dan sebagainya dengan mulut 'berbisa' manusia. Andai kita tiada hati yang teguh, jiwa yang kuat nescaya kita jatuh tersungkur dan merasakan Allah itu tidak adil.

Selalu diingatkan pada diri, setiap apa yang dijalani pasti ada hikmahnya, pasti baik menurut Allah.

Orang yang tidak berada disituasi orang lain, dia takkan mampu nak selami jiwa orang lain.. Hati itu rapuh, jika dipijak-pijak selalu pasti akan hancur.

Belajar untuk memaafkan walaupun sulit untuk menelan.

Nikmatnya air mata bila dapat menangis semahunya. Biarlah manusia tidak melihat tetapi Allah Maha Penyubat.


Sunday | 7 April 2019
Kuat Demi Tuhanku.


Thursday, April 4, 2019

Ujian Manusia Berbeza

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini tentang 'UJIAN'.

Ujian, semua tahu apa itu ujian tetapi bentuk ujian itu tiada siapa tahu bagaimana kejadiannya.

Ujian, simboliknya adalah 'masalah'.. Cuma bila disebut 'masalah' ia terlihat daripada sudut perkara yang 'mampu' dihadapi walaupun terasa sukar.. Manakala ujian pula merupakan satu perkataan yang melibatkan tentang dalaman dan luaran.. Ada ketika berkaitan dengan spritual manusia..terasa ia datang daripada Allah.

UJIAN.

Setiap manusia Allah beri ujian yang berbeza. Ada yang senang, ada yang susah, manis, pahit ringan, berat dan sebagainya. Namun semua itu adalah bentuk tarbiah daripada Allah buat hamba-Nya.

Ada ketika manusia ini bila melihat kehidupan orang lain yang senang lenang, tanpa memikirkan masalah yang dihadapi timbul rasa dengki dan tidak puas hati. Walhal kita tidak tahu apakah yang pernah dialami oleh orang lain sehingga mereka mampu kuat hadapi segalanya sehingga terlihat bahagia dan gembira.

Setiap manusia mempunyai bahagian masing2, rezeki masing2. Tak usah terlalu dengki dengan kehidupan orang lain kerana bahagian kita juga akan ada cuma bentuknya berbeza.

Bila fikir soal apa yang manusia katakan, nescaya penat untuk difikirkan. Bila ingat apa yang manusia katakan, nescaya rasa sedih mengundang luka.

Tetapi, harus ingat kita hidup untuk siapa?

UNTUK MANUSIA ATAU ALLAH?

Sebab itu Allah bagi ujian berbeza2. Bukan untuk membezakan manusia tetapi untuk mendidik manusia dan supaya manusia berfikir tentang hikmah disebalik ujian.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Masing2 tidak pernah sama caranya.. Makin kita mengenal kelemahan diri, makin kita sedar bahawa kita tiada apa2 pun. Segala yang ada semua milik Allah.

Hidup kita untuk manusia atau untuk Allah?

Memikirkan dunia, kehidupan yang penuh tipu daya nescaya kecewa dan sakit.. Kerana banyak perkara yang negatif yang hadir.. Ia boleh melemahkan jiwa...

Kerana itu setiap ujian yang hadir mengikut kemampuan masing2. Allah tidak akn membebankan seseorang melebihi kemampuannya.

Yakinlah pada Allah.
Semoga bahagia menjemputmu.



Friday | 5 April 2019
Yaumul Juma'ah
Allah menenangkan hati.




Tuesday, April 2, 2019

Kuatlah Demi Tuhanmu

Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan kurniaannya.. Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah.. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.

Sudah lama tidak menjengah blog ini.. Terasa rindu ingin menulis tinta sebagai curahan rasa untuk berkongsi cerita.. Mana yang baik dijadikan ibrah bersama, dan yang buruk menjadi tauladan untuk memperbaiki diri ini.

KUATLAH DEMI TUHANMU!

Inilah kalam penguat diri.. Jika tidak kuat kerana Allah, maka pada siapa lagi untuk ku mencari kekuatan?

Pada makhluk?

Nescaya banyak kekecewaan yang diperoleh.. Kadang ia melemahkan jiwa tanpa disedari.

Maka, cukuplah disandarkan pada Allah yang Maha Kuat dan Besar.

Kadang kala, tatkala diri di uji dengan suatu perkara yang terasa berat untuk dijalani, maka cara untuk kuatkan diri balik adalah dengan menangis..

Kekuatan yang dimiliki adalah melalui air mata.

Kenapa air mata?

Kerana disetiap sujud dan doa, hanya air mata yang mampu dizahirkan ketika mulut sudah tidak mampu lagi untuk berbicara.

Allah mengira setiap titisan air mata itu..Allah tahu diri hamba-Nya sudah cukup penat dan sedih.. Allah bukan ingin menguji kerana ingin melemahkan, tetapi Allah ingin mentarbiah diri dan tingkatkan iman dihati.

Tunjukkan senyuman dan kegembiraan dihadapan manusia, sembunyikan kesedihan dan kesakitan yang dirasai.. Kuatlah!

Manusia hanya mampu memandang luaran tetapi Allah memandang seluruh kehidupan.. Allah tahu apa yang kita tidak tahu.. Masa depan, rezeki, jodoh DIA yang berkuasa atas segalanya.

Tatkala lemah kerana kata-kata manusia, kuatlah kerana Allah kerana Allah lah tujuan utama kehidupan.

Dunia, memang diciptakan untuk manusia. Tetapi bukan untuk selamanya.



Tuesday | 2 April 2019
Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat 

Sunday, January 27, 2019

Tenangnya Suasana Itu

Assalamualaikum, syukur pada Allah atas segala nikmat-Nya..

Aku punya impian, impian dan hajat untuk pergi ke bumi Haramain.. Aku betul2 ingin ke sana, namun belum lagi rezeki namun aku yakin suatu hari nanti pasti Allah jemput bila waktu yang tepat.. Setiap kali aku melihat suasana Mekah dan Madinah, tak semena-mena air mata aku laju mengalir.. Terasa begitu syahdu dan rindu.

Jika tahun2 sebelum ini, tiada 'rasa' yang membuatkan aku betul2 rindu dan ingin ke sana, tetapi bermula tahun 2017 rasa itu sedikit saja hadir.. Namun, bermula tahun 2018 hatiku betul2 meronta ingin ke sana, benar2 ingin ke sana.. Sehingga kini hati aku kuat ingin ke sana..Mencari ketenangan dan memohon keampunan.

Namun begitu,aku tidak akan berputus asa dalam berdoa.. Berdoa dengan penuh pengharapan semoga Allah sudi menjemput diri yang kerdil dan hina ini.. Walaupun dari segi kewangan belum lagi mencukupi tetapi jika sudah waktunya pasti Allah tunjukkan jalan.

Baru2 ini sahabatku telah pergi ke Mekah, dia mendoakan aku di sana, sebak aku rasakan sebab dia tahu aku betul2 teringin ke sana.. Bersyukur kerana dia sudi mendoakan aku.. Semoga Allah perkenankan doamu sahabat.

Doanya untukku, :') 

Sungguh bersyukur kerana namaku didoakan di hadapan Kaabah, Allahu.. Malu dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan.. Banyak yang perlu diperbaiki, akhlak, ibadat, hati dan jiwa. 

Tanpa jemu aku akan terus berdoa dengan air mata kerinduan. 
Tanpa jemu aku akan menagih rindu dan keinginan. 
Tanpa jemu aku akan berusaha membersihkan hati dan diri. 
Tanpa jemu aku akan memohon keampunan dari-Mu. 

Hati merindu untuk ke Tanah Haram. 
Semoga Allah menjemput diri ini bersama keluarga. 
Jika sudah sampai masanya akan tiba jua. 

Doa, doa dan teruskan berdoa. 
Perindu Syurga-Mu. 

Isnin | 28 Januari 2019
11:11 a.m
Jom audit diri. 

Friday, January 25, 2019

Masa Pantas Berlalu

Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih dipinjamkan nafas untuk meneruskan kehidupan.

Kini aku kembali menulis di blog, walaupun assignment tentang #BBM3410 sudah pun tamat tetapi aku ingin meneruskan penulisan ini untuk perkongsian dan coretanku.. (semoga subjek multimedia ku cemerlang, aamiin).

Sekarang sudah penghujung bulan Januari 2019.. Aku kini sudah pun habis degree pada 10/1/19 baru2 ini dengan subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Menanti konvo pada bulan 10/11 nanti, doakan.

3 tahun setengah aku di bumi UPM, terasa bagaikan semalam aku masuk daftar sebagai pelajar semester 1..rindu terasa!!

Sepanjanhg 3 tahun setengah itu, macam2 ujian dan pengalaman Allah berikan.

Suka duka, ketawa gembira, sedih kecewa.
Semua ada!!

Lumrah la kan kehidupan belajar seperti itu, jatuh bangun tu perkara biasa, kena la hadapi segalanya.

Tanpa kesusahan kita takkan kenal erti kekuatan.

Nanti, aku nak share pengalaman dan coretanku sepanjang di bumi UPM.. Jika berkesempatan waktu aku update di blog ini.

Ku coretkan kalam tinta untuk dijadikan sebuah cerita.

Semoga ketemu lagi~~

Friday, December 7, 2018

BBM3410/18: facebook

Assalamualaikum.. Hai minggu ni kami diberi tugasan untuk memuat naik gambar ke dalam Facebook pulak.. Ku ingat dah habis dah bab-bab memuat naik gambar nie.. Tapi akhir tugasan kena masukkan ke dalam facebook pula..

Ini dia gambar dan cerita tentang subjek multimedia nie.. Profku yang paling sempoi dan kena faham konsep 'redha'..

Jadi ini merupakan 2 post yang dimasukkan ke dalam facebook bersama dengan prof. 


Post pertama


Post kedua. 

Terima kasih Prof atas segala ilmu yang diberikan.. In sya Allah, akan di manfaatkan dengan sebaik mungkin. 

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah


Video tanpa wajah

Video tanpa wajah merupakan video yang dilakukan tanpa menunjukkan wajah pelakon yang berlakon.

Pemilihan lagu yang dibuat mestilah mempunyai pengajaran atau nilai yang ingin disampaikan.

Lakonan yang dilakukan mestilah berdasarkan lirik lagu yang dipilih agar dapat sampai maksud lakonan yang dilakukan.

Video tanpa wajah ini mestilah berfokus hanya kepada satu benda sahaja, sebagai contoh focus hanya  kepada kaki sahaja,tangan, barang, atau cerita.

BBM3410/18: Video One Shot


Video one shot one layer

- video one shot merupakan video satu layer sahaja
- video one shot tidak boleh ada two layer dan three layer.
- pilih lagu bahasa Melayu sahaja.

untuk melakukan proses rakaman,

- kamera tidak boleh digerakkan dan stabil.
- penyanyi hanya melakonkan gerak geri secara sendiri.
- mesti ada proses keluar masuk di dalam video yang dilakukan secara serentak atau bergilir-gilir untuk menampakkan satu layer sahaja.
- kamera tidak boleh digerakkan sama sakali.

video one shot two layer

-video  one shot two layer ada dua keadaan yang berlaku.
-contoh penyanyi dan pelakon.
- tidak boleh ada elemen lain selain dua perkara sahaja.
- background belakang tidak boleh ada yang bergerak-gerak
- kamera tidak boleh digerakkan semasa melakukan proses rakaman

video one shot three layer

- merupakan video yang mengandungi elemen one shot one layer dan one shot two layer.
- terdapat lebih dari two layer dan sekitar kawasan sekeliling boleh ada yang bergerak.
- contoh, penyanyi, pelakon dan background sekitar yang turut sama wujud tanpa disedari.
- kamera tidak boleh digerakkan semasa proses rakaman dilakukan.

BBM3410/18: Papan Cerita


Papan Cerita.

Papan cerita merupakan satu lakaran reka bentuk produk yang ingin dikeluarkan. Di dalam papan cerita mestilah ada gambar, kata-kata atau ayat yang menarik untuk menarik minta pembeli. Pemilihan satu produk yang sesuai dan pelbagai jenis perlu untuk dipaparkan.

Dalam papan cerita mesti ada;

-muka depan
-isi kandungan
-akhir

Sebagai contoh;

Produk: botol air
Keluaran: Mawar produksi

Pada halaman muka depan;

-  Letak tajuk produk yang ingin dikeluarkan
- Lukis produk yang ingin dikeluarkan dengan tema yang ditetapkan

Isi kandungan:

- Melakar gambar-gambar produk yang berlainan dari segi bentuk dan saiz, diselitkan kata-kata yang menarik dan harga atau diskaun yang dilakukan.

Akhir

-Ada iklan-iklan yang diselitkan bersama dengan produk yang dikeluarkan. di muka surat akhir juga diletakkan nombor telefon untuk dihubungi.

BBM3410/18: Asas Grafik


Lima elemen asas grafik:

1    1) Mudah

- Mudah ini bermaksud gambar mestilah jelas. Jelas dari segi bentuk gambar. Gambar tersebut mestilah jelas maksudnya apabila dilihat dan gambar mestilah berfokus kepada satu benda sahaja.

contoh: gambar pemandangan. gambar pemandangan itu nampak jelas dari sudut suasana sekelilingnya dan ia berfokus hanya kepada pemandangan sahaja.

2) Keseimbangan

- Keseimbangan ini bermaksud, gambar nampak seimbang dari segi saiznya sama ada kiri kanan, atas bawah. Keseimbangan ini penting untuk gambar yang sempurna.

contoh: saiz gambar kiri dan kanan bersaiz satu inci, maka atas dan bawah juga mesti bersaiz satu inci.

3) Kesesuaian

-Kesesuaian gambar dilihat dari sudut gambar itu sesuai dengan keadaan sekeliling. Bertepatan dengan  situasi dalam gambar.

contoh: gambar petani yang sedang menuai padi, maka gambar tersebut mestilah berlatar belakangkan suasana sawah padi.

4) Warna

- Warna ini mestilah dilihat dari sudut pemilihan warna yang sesuai. Warna tidak boleh terlampau terang atau terlampau lembut.ia mesti warna yang sepadan dengan gambar dan nampak menarik.

5) Teks

- Teks mestilah ada saiz tulisan yang berbeza, ada slogan, tema dan kepelbagaian. Teks itu adalah sazi yang berbeza


Thursday, November 15, 2018

BBM 3410/18: Semakin Suntuk Ku Rasakan

Assalamualaikum

Pejam celik kuliah berbaki 5 minggu saja lagi. Cepat masa berjalan. Sungguh tak terasa, pengajianku semakin hari semakin di penghujung.

Urusan belajar yang semakin mencabar, PITA dah nak kena hantar tetapi kadang kala kepalaku rasa ting tong! idea pun kelaut. Bila idea menulis tidak datang, hanya mampu tengok jela laptop dan termenung menanti idea jatuh tergolek..hahahha

Debaran makin terasa, tekanan makin menghimpit perasaan dan masa ni makin buatkan ku menangis.
.
.
.
Adakah ku sorang je yang rasa nak masa tu berjalan lambat? nak bulan 11 masih berada di awal bulan agar dapat rasa lambat lagi bulan 12. Tahun baru sedang bersiap sedia nak diraikan.

Beranganlah kau sorang-sorang. Ingat  ada kuasa magik boleh hentikan waktu? waktu akan terus berjalan mengikut aturan-Nya.

Wahai diri,
Bertabahlah menghadapi liku-liku kehidupan. Terus kuatkan semangat habiskan sisa baki pengajian. Ingatlah orang-orang yang kau sayang, menanti kejayaan darimu.
.
.
.
Berilah kegembiraan buat mereka semampu mungkin.
Redhalah untuk setiap ujian dan cabaran yang kau rasa. Pasti akan ada kebahagiaan di kemudiaan hari.

Doa selalu.

BBM3410/18: Kelas Online Buat Kalendar

Assalamualaikum.

Pada hari ini, 15/11/18 kelas amali dibatalkan.. Tetapi prof bagi kerja untuk kami tunjukkan proses untuk buat kalendar menggunakan Adobe Photoshop dan masukkan proses tersebut ke dalam laman blog ini.

Ini merupakan arahan daripada prof untuk kami lakukan.

Tugasan yang diberikan

Jadi, proses untuk buat kalendar ini bukan mudah sebenarnya, perlukan kesabaran. Jadi setelah berkali-kali lakukan, nak ikut masa yang ditetapkan memang rasa sangat rumit. 

Maka, terhasillah video proses membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop.



Selamat menonton!




Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Twitter Kisah Terbaru

Assalamualaikum dan salam sayang kerana Allah.

Tweet and retweet!

Benda baru bagiku.. Selepas buat blog, kena buat Twitter pulak. Memang budak media sosial betul!

Sebenarnya, tak pernah ada Twitter nie sebab tak tahu fungsi Twitter tu apa ke benda, apa kena buat. Rupa-rupanya, Twitter ni lebih kurang je dengan Facebook, ada yang buat status, ada yang boleh kongsi, berbalasa komen (retweet). Cuma yang membezakan adalah kepanjangan penulisan tu je.

Jadi, bila jadi budak baru media sosial ni, kena la selongkar segala mak nenek dalam tu. Maka, terhasilah Twitterku sendiri. Ini dia twitterku.

Twitter saya! 

Pada setiap minggu, akan ada post yang akan ku buat..Dan ku akan retweet kawan-kawanku. Mungkin sesetengah orang suka bermain Twitter sebab dia lebih tertutup. Ada yang tak berapa suka sebab ruangan yang ada itu terhad.
.
.
.
Ini post yang ku lakukan dan ku retweet kawan-kawanku.

Tweet yang ku lakukan. 





Sape nak cantik boleh baca tips daripada @Athirah Othman di blognya

Kawan2 like and retweet

Bagi yang suka menulis tips-tips kecantikan, kata-kata hikmah sesuailah menulis di Twitter sebab dia jenis penulisan berantai, 'thread' orang panggil. 

Ok, prof ada Twitter tak? Rasa nak mengikuti prof pulak. boleh la kita tweet and retweet! 

Jadi sekarang, semua aplikasi media sosial ku ada..budak multimedia katakan..kena la jadi budak popular sekali sekala..Ehh, hakikatnya tak nak pun..kang tak pasal-pasal pulak kena kecam!
.
.
.
Instagram ada.
Blog ada.
Twitter ada.
Facebook ada.
.
.
Gunalah media sosial yang ada ke arah kebaikan. kongsilah kebaikan yang boleh diingati. Ia dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Berkongsi maklumat dan memberi manfaat untuk orang lain. 

Twitter oh Twitter!

BBM3410/18: Video One Shot Dua Layer

Assalamualaikum dan salam sayang kerana Allah.

Pada hari isnin baru-baru ini, kami telah mempersembahkan video one shot kami, tajuk 'Syinta Gila' nyanyian Safiey Ilias di hadapan prof. Di antara 8 kumpulan, kami merupakan dua kumpulan yang terbaik. Satu kumpulan lagi daripada kumpulan Panglima Awang, bertajuk 'Hajat' nyanyian Heal Husaini. Tak sangka prof suka dengan video kami. 

Sepatunya sewaktu kami merakamkan lagu tersebut, prof kena ada sekali baru menarik! Lagi la popular profku sayang. mesti comelkan prof menari dan berjoget? wehhh, terbayang pulak gerak tari prof dalam video tu...hehhehe.

Terima kasih prof suka dengan persembahkan kami. 

Inilah dia kumpulan Mawar yang berjaya memenangi hati prof. Siap pakai topeng, bulu-bulu lagi sebab nak buat gerak yang gedik-gedik comel.

Mawar Production

Disebalik tabir rakaman

Selepas itu, ku sangka dah tak perlu buat video. Tetapi tiba-tiba prof cakap kena buat video one shot dua layer pulak. waktu tu rasa cuak jugak la sebab benda yang tak pandai nak buat. Video tu dah la kena menyanyi sambil berlakon. Video one shot pun dah rasa malu sangat-sangat dah ni kan pula kena berlakon. Adududu.. lepas ni boleh pergi minta kerja dengan Syamsul Yusof dah!

Cabaran video kali ini lain macam sikit. Kena berlakon berdasarkan lirik lagu. Ni dah macam nak buat musik video album dah. Ok, lepas ni boleh jadi pelakon tambahan! Bagi peluang la anak didik prof pulak masuk Tv..hehehe..gurau je. 

kesukaran yang kami hadapi adalah pemilihan lagu. Dah la kami semua perempuan, lagu-lagu yang ada kebanyakannya berkisahkan tentang cinta, ada lelaki dan perempuan. Serius buntu nak berlakon. 
.
.
.
Apa pun, nantikan persembahan daripada kumpulan kami.

Adakah akan ada yang menjadi lelaki? 
Adakah akan ada yang menjadi seorang ibu?
Adakah akan ada yang menjadi pasangan kekasih?

Semoga persembahan video one shot dua layer ini akan mendapat perhatian semua dan berjaya menyentuh hati prof untuk kali kedua.
.
.
.

Kami kena jadi seorang yang jauh berfikiran kreatif.
Kretifnya prof kreatif lagi kami kena fikir.


Nantikan..............




Friday, November 9, 2018

BBM3410 /18: Sedap Sangat Ke?

Assalamualaikum dan salam sayang kerana Allah.

Hari ni, nak cerita tentang kek.

Hah! Kek?

Ya,kek.

Kek adalah makanan kesukaanku..Dalam banyak-banyak pencuci mulut, kek adalah benda yang paling disukai.

Ku suka benda-benda manis, bercoklat. Tapi air manis, kurang.. Hehehe..sebab air manis kalau minum banyak akan menyebabkan kepala rasa pening. Sape pernah rasa begitu?

Bab kek, bagi la apa pun ku makan.. Cuma pantang sikit bab ada kacang.. Hehehe. Selain kacang semua kek makan.. Terutama kek perisa coklat.. Sedapnya. Lapar pulak rasa. 

Kalau di rumah, rajin la ku membuatnya. Kalau rasa teringin nak makan, memang buat je.. Kek senang je ku buat.. Kek coklat moist.. Tak perlu nak fikir suhu2 ketuhar apa semua, guna kukusan je.

Yang seronok ye lagi, semua keluargaku nie suka makan kek! Jadi, perasaan nak membuat tu gembira la.. Sebab ada yang akan makan, 'hantu' kek katakan. Tukang membuatnya sorang, tukang makannya ramai.. Adoii, tapi takpe.. Tengok orang makan pun ku dah terasa kenyang.

Buat kek dan makan kek nie satu terapi bagiku.. Ku rasa seronok, kalau dapat buat dan makan ku akan jadi bahagia semanis kek.. Acecece...

Tapi takde la pandai buat semua jenis kek, sebab dalam proses belajar.. Ada keinginan untuk belajar lebih soal kek nie.. Mane la tahu, ada rezeki suatu hari nanti boleh buka tempahan kek, cari duit sampingan, tak begitu?

Kek itu sedap!
Kek itu meceriakan!
Kek itu membahagiakan! 

Lepas hajat dihati. 

Nikmat itu terasa! 

BBM3410/18: Allah Selalu Sayang

Assalamualaikum dan salam sayang kerana Allah.

Penulisan kali ini, ku ingin berkongsi tentang ujian. 

Kita manusia, sering kali diuji, dan setiap orang tidak lepas daripada diuji. Allah uji kerana sayang. Allah selalu sayang kerana melalui ujian itulah Allah janjikan syurga. Allah nak beri syurga Allah akan melihat keimanan hamba-hamba-Nya.

Setiap orang ujiannya adalah berbeza, tidak pernah sama. Di dalam kehidupan kita juga, jangan pernah kita membandingkan ujian kita dengan orang lain, rezeki kita dengan orang lain, kerana setiap orang Allah takdirkan jalan kehidupan yang berbeza.


Dan, setiap ujian yang kita hadapi itu sentiasa ada jawapannya. Jawapan itu ada di dalam al-Quran. Allah menjawab setiap persoalan hamba-Nya.


"Kenapa aku diuji sebegini?"

- "Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya".
(Surah Al-Baqarah, 2:286)

"Aku kecewa Ya Allah?"

- "Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman".
(Surah Ali-Imran, 3: 139)

"Bagaimana harus aku hadapinya Ya Allah?"

- "Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk".
(Surah Al-Baqarah, 2:45).

Lihatlah bagaiman Allah menjawab setiap pertanyaan kita sebagai seorang hamba. Allah tahu ujian yang diberikan itu mampu untuk dihadapi. Itulah tanda Allah sayang. 


Semoga, aku, kamu dan semua dapat hadapi setiap ujian yang diberikan. Bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah tahu apa yang tidak kita ketahui. 

Dalam hidup ini, belajarlah untuk redha dengan setiap takdir yang ditetapkan oleh Allah. Mudah-mudahan ada hikmah disebalik ujian. Tetaplah tersenyum, kerana bahagia itu ada.


Dunia,
ia tidak kekal.
sampai masa ia akan hancur berkecai.

Sakit itu sementara.
Sedih itu sementara.
Belajarlah bersyukur saat diuji.

Bahagia itu cuma di syurga!
Ayuh, sama2 kita raih syurga yang kekal abadi.

  


Thursday, November 8, 2018

BBM3410/18: Popular 2 saat!

Assalamualaikum semua, apa khabar? semoga dalam jagaan Allah hendaknya.

Kali ini ku nak cerita tentang Prof ku yang hebat. Pada 5 November 2018, hari Isnin sekitar jam 8.30 pagi prof masuk TV Al-Hijrah!

Pada hari tersebut, kami diberi arahan untuk menonton tv Al-Hijrah kerana prof masuk tv ketika itu. Disebabkan hari itu, kelas kami dibatalkan jadi prof bagi kerja tersebut. Ini merupakan arahan yang diberikan kepada kami.

Prof bagitahu dia masuk Tv. 

                  
Arahan hagtag yang kena buat. 

"Ambil gambar elok-elok, nanti post di Instagram".

"Bagi la aku popular 2 saat!"

Kadang-kadang, lucu dengan gelagat prof ni tau tak. Seorang yang sangat sempoi dan kelakar..Patutlah prof selalu minta buat hagtag kelakar..Prof pun dah kelakar..heheheh.

Maka, disebabkan ku dikolej dan kolej manalah ada tv, jadi tengok la melalui youtube. Jadi, ku tengok la siaran tersebut dan ambil gambar prof dengan telefonku.

inilah dia gambar prof yang masuk tv tu. Cantikkan prof, nampak berseri-seri. Pengacara ketika itu pula Asyraf Muslim dan Irma Hasmie. Ramai yang minat dengan mereka, hahaha..

Asyraf Muslim dan Irma Hasmie 

Tajuk yang dibincangkan adalah, 'Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Hubungan Antara Kaum melalui Alam Siber'. Sangat menarik tajuk yang dikupas dan prof berjaya menjelaskan dan berkongsi ilmu dengan cukup baik sekali. 

Fokusnya prof bagi penjelasan. 

Setelah ambil gambar, ku post di Istagram seperti yang diminta. Kawan-kawanku juga turut sama. Prof nak 80 orang mesti post gambar yang diambil daripada Tv Al-Hijrah itu sebagai bukti. Letak kepsyen seperti yang diminta. 

Jom prof kita pergi beli lipstik

Jom!! 

Pada petang itu, prof like dan komen postku. Gembira bila dapat like dan komen daripada prof. Markah tu dan yang paling lucu prof balas ku punya hagtag,hahaha..tapi memang lawa pun warna lipstik prof. 

Prof bukan popular 2 saat je, tapi lebih. Bangga punya pensyarah yang hebat dan berilmu pengetahuan tinggi. Bukan calang-calang orang boleh masuk Tv, popular prof satu hari.. Semua tengok prof dalam Tv. 

Apa pun, ambil ilmu yang disampaikan dan berusahalah menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Sama-samalah kita martabatkan bahasa Melayu kita. 

#MartabatBahasaMelayuUPM 
#PengharmonianAntaraKaum 
#BetulkanYangBiasaBiasakanYangBetul 


Thursday, November 1, 2018

BBM3410/18: Kenangan Terindah Bagiku

Inilah kali pertama seumur hidupku.

Merasai, melihat dan berkunjung sendiri melihat suasana bahagia itu..Sungguh, terasa gembira sehingga sebak di dada..Ku tumpang gembira melihat orang lain bahagia.

Itulah hari Majlis Konvokesyen UPM kali ke-42 yang di adakan di Dewan Besar UPM selama 4 hari iaitu bermula 27-30 Oktober 2018.

Kemeriahan terasa

Mengapa kali pertama?

Kerana, sepanjang 7 semester pada tahun inilah ku mempunyai senior-senior yang bergraduat dan yang ku rapat..Pada tahun sebelum-sebelum ini ku tidak berkesempatan untuk datang ke pesta konvo kerana pesta konvo berlangsung pada hari kuliah,jadi hanya mampu tengok daripada jauh jela.

Kehadiran ibu bapa meriahkan suasana

Tetapi, kali ini mungkin rezekiku dapat merasai, melihat sendiri dan meraikan bersama sahabat-sahabat yang konvo memandangkan pesta konvo berlangsung pada cuti pertengahan semester. Lagi pula, cuti kali ini ku berkampung di Upm je..

Melihat wajah ibu bapa dan keluarga yang datang meraikan anak mereka masing-masing membuatkan ku mengalirkan air mata secara tiba-tiba. itulah harapan dan kejayaan yang ingin dilihat oleh setiap ibu bapa.

Terpancar senyuman kegembiraan 

suasana konvo sangat meriah..keriuhan suara-suara ucapan tahniah buat para graduan menjadikan hari konvo itu satu kegembiraan buat diri. Melihat sendiri di depan mata dan merasai kegembiraan sahabat-sahabat semua, ku rasa indahnya hari itu!

Alhamdulillah, ku berkesempatan untuk meraikan hari bersejarah sahabat-sahabatku 4 hari berturut-turut. Memandangkan masing-masing pada hari yang berbeza, jadi 4 hari juga ku berada di Dewan Besar UPM itu. Sudah semestinya, setiap kali itu suasananya berbeza..Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, hujan pula pada waktu petang. Kawasan sekitar mulai basah dan sedikit berlumpur.

Hujan pada waktu petang

Jadi, inilah dia 4 orang sahabatku yang ku raikan di hari konvokesyen mereka. Masing-masing dari kos yang berbeza iaitu, kos Kesusasteraan Melayu, Linguistik Melayu, Bahasa Asing (Jerman) dan Jurutera.

Hari pertama: Kak Atin (Kesusasteraan Melayu) 

Hari kedua: Kak Tirah (Jerman) 

Hari ketiga: Naimah (Jurutera) 

Hari keempat: Kak Ana (Linguistik Melayu) 

Inilah hari yang bermakna buatku, kerana inilah pertama kali ku menghadiri majlis konvokesyen di UPM. Ternyata, aura konvo itu masih berbekas dijiwa..Keindahannya masih terasa.

In sya Allah, tahun hadapan ku juga bakal merasainya. Memberi kebahagiaan buat ahli keluarga.. Itulah impian yang dinantikan oleh setiap insan bergelar pelajar. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diakhiri dengan kebaikan.

Aamiin.

Datang dengan satu harapan,
Pulang dengan satu kejayaan.

Sama-sama doakan.

Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....