Sunday, January 27, 2019

Tenangnya Suasana Itu

Assalamualaikum, syukur pada Allah atas segala nikmat-Nya..

Aku punya impian, impian dan hajat untuk pergi ke bumi Haramain.. Aku betul2 ingin ke sana, namun belum lagi rezeki namun aku yakin suatu hari nanti pasti Allah jemput bila waktu yang tepat.. Setiap kali aku melihat suasana Mekah dan Madinah, tak semena-mena air mata aku laju mengalir.. Terasa begitu syahdu dan rindu.

Jika tahun2 sebelum ini, tiada 'rasa' yang membuatkan aku betul2 rindu dan ingin ke sana, tetapi bermula tahun 2017 rasa itu sedikit saja hadir.. Namun, bermula tahun 2018 hatiku betul2 meronta ingin ke sana, benar2 ingin ke sana.. Sehingga kini hati aku kuat ingin ke sana..Mencari ketenangan dan memohon keampunan.

Namun begitu,aku tidak akan berputus asa dalam berdoa.. Berdoa dengan penuh pengharapan semoga Allah sudi menjemput diri yang kerdil dan hina ini.. Walaupun dari segi kewangan belum lagi mencukupi tetapi jika sudah waktunya pasti Allah tunjukkan jalan.

Baru2 ini sahabatku telah pergi ke Mekah, dia mendoakan aku di sana, sebak aku rasakan sebab dia tahu aku betul2 teringin ke sana.. Bersyukur kerana dia sudi mendoakan aku.. Semoga Allah perkenankan doamu sahabat.

Doanya untukku, :') 

Sungguh bersyukur kerana namaku didoakan di hadapan Kaabah, Allahu.. Malu dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan.. Banyak yang perlu diperbaiki, akhlak, ibadat, hati dan jiwa. 

Tanpa jemu aku akan terus berdoa dengan air mata kerinduan. 
Tanpa jemu aku akan menagih rindu dan keinginan. 
Tanpa jemu aku akan berusaha membersihkan hati dan diri. 
Tanpa jemu aku akan memohon keampunan dari-Mu. 

Hati merindu untuk ke Tanah Haram. 
Semoga Allah menjemput diri ini bersama keluarga. 
Jika sudah sampai masanya akan tiba jua. 

Doa, doa dan teruskan berdoa. 
Perindu Syurga-Mu. 

Isnin | 28 Januari 2019
11:11 a.m
Jom audit diri. 

Friday, January 25, 2019

Masa Pantas Berlalu

Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih dipinjamkan nafas untuk meneruskan kehidupan.

Kini aku kembali menulis di blog, walaupun assignment tentang #BBM3410 sudah pun tamat tetapi aku ingin meneruskan penulisan ini untuk perkongsian dan coretanku.. (semoga subjek multimedia ku cemerlang, aamiin).

Sekarang sudah penghujung bulan Januari 2019.. Aku kini sudah pun habis degree pada 10/1/19 baru2 ini dengan subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Menanti konvo pada bulan 10/11 nanti, doakan.

3 tahun setengah aku di bumi UPM, terasa bagaikan semalam aku masuk daftar sebagai pelajar semester 1..rindu terasa!!

Sepanjanhg 3 tahun setengah itu, macam2 ujian dan pengalaman Allah berikan.

Suka duka, ketawa gembira, sedih kecewa.
Semua ada!!

Lumrah la kan kehidupan belajar seperti itu, jatuh bangun tu perkara biasa, kena la hadapi segalanya.

Tanpa kesusahan kita takkan kenal erti kekuatan.

Nanti, aku nak share pengalaman dan coretanku sepanjang di bumi UPM.. Jika berkesempatan waktu aku update di blog ini.

Ku coretkan kalam tinta untuk dijadikan sebuah cerita.

Semoga ketemu lagi~~

Friday, December 7, 2018

BBM3410/18: facebook

Assalamualaikum.. Hai minggu ni kami diberi tugasan untuk memuat naik gambar ke dalam Facebook pulak.. Ku ingat dah habis dah bab-bab memuat naik gambar nie.. Tapi akhir tugasan kena masukkan ke dalam facebook pula..

Ini dia gambar dan cerita tentang subjek multimedia nie.. Profku yang paling sempoi dan kena faham konsep 'redha'..

Jadi ini merupakan 2 post yang dimasukkan ke dalam facebook bersama dengan prof. 


Post pertama


Post kedua. 

Terima kasih Prof atas segala ilmu yang diberikan.. In sya Allah, akan di manfaatkan dengan sebaik mungkin. 

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah


Video tanpa wajah

Video tanpa wajah merupakan video yang dilakukan tanpa menunjukkan wajah pelakon yang berlakon.

Pemilihan lagu yang dibuat mestilah mempunyai pengajaran atau nilai yang ingin disampaikan.

Lakonan yang dilakukan mestilah berdasarkan lirik lagu yang dipilih agar dapat sampai maksud lakonan yang dilakukan.

Video tanpa wajah ini mestilah berfokus hanya kepada satu benda sahaja, sebagai contoh focus hanya  kepada kaki sahaja,tangan, barang, atau cerita.

BBM3410/18: Video One Shot


Video one shot one layer

- video one shot merupakan video satu layer sahaja
- video one shot tidak boleh ada two layer dan three layer.
- pilih lagu bahasa Melayu sahaja.

untuk melakukan proses rakaman,

- kamera tidak boleh digerakkan dan stabil.
- penyanyi hanya melakonkan gerak geri secara sendiri.
- mesti ada proses keluar masuk di dalam video yang dilakukan secara serentak atau bergilir-gilir untuk menampakkan satu layer sahaja.
- kamera tidak boleh digerakkan sama sakali.

video one shot two layer

-video  one shot two layer ada dua keadaan yang berlaku.
-contoh penyanyi dan pelakon.
- tidak boleh ada elemen lain selain dua perkara sahaja.
- background belakang tidak boleh ada yang bergerak-gerak
- kamera tidak boleh digerakkan semasa melakukan proses rakaman

video one shot three layer

- merupakan video yang mengandungi elemen one shot one layer dan one shot two layer.
- terdapat lebih dari two layer dan sekitar kawasan sekeliling boleh ada yang bergerak.
- contoh, penyanyi, pelakon dan background sekitar yang turut sama wujud tanpa disedari.
- kamera tidak boleh digerakkan semasa proses rakaman dilakukan.

BBM3410/18: Papan Cerita


Papan Cerita.

Papan cerita merupakan satu lakaran reka bentuk produk yang ingin dikeluarkan. Di dalam papan cerita mestilah ada gambar, kata-kata atau ayat yang menarik untuk menarik minta pembeli. Pemilihan satu produk yang sesuai dan pelbagai jenis perlu untuk dipaparkan.

Dalam papan cerita mesti ada;

-muka depan
-isi kandungan
-akhir

Sebagai contoh;

Produk: botol air
Keluaran: Mawar produksi

Pada halaman muka depan;

-  Letak tajuk produk yang ingin dikeluarkan
- Lukis produk yang ingin dikeluarkan dengan tema yang ditetapkan

Isi kandungan:

- Melakar gambar-gambar produk yang berlainan dari segi bentuk dan saiz, diselitkan kata-kata yang menarik dan harga atau diskaun yang dilakukan.

Akhir

-Ada iklan-iklan yang diselitkan bersama dengan produk yang dikeluarkan. di muka surat akhir juga diletakkan nombor telefon untuk dihubungi.

BBM3410/18: Asas Grafik


Lima elemen asas grafik:

1    1) Mudah

- Mudah ini bermaksud gambar mestilah jelas. Jelas dari segi bentuk gambar. Gambar tersebut mestilah jelas maksudnya apabila dilihat dan gambar mestilah berfokus kepada satu benda sahaja.

contoh: gambar pemandangan. gambar pemandangan itu nampak jelas dari sudut suasana sekelilingnya dan ia berfokus hanya kepada pemandangan sahaja.

2) Keseimbangan

- Keseimbangan ini bermaksud, gambar nampak seimbang dari segi saiznya sama ada kiri kanan, atas bawah. Keseimbangan ini penting untuk gambar yang sempurna.

contoh: saiz gambar kiri dan kanan bersaiz satu inci, maka atas dan bawah juga mesti bersaiz satu inci.

3) Kesesuaian

-Kesesuaian gambar dilihat dari sudut gambar itu sesuai dengan keadaan sekeliling. Bertepatan dengan  situasi dalam gambar.

contoh: gambar petani yang sedang menuai padi, maka gambar tersebut mestilah berlatar belakangkan suasana sawah padi.

4) Warna

- Warna ini mestilah dilihat dari sudut pemilihan warna yang sesuai. Warna tidak boleh terlampau terang atau terlampau lembut.ia mesti warna yang sepadan dengan gambar dan nampak menarik.

5) Teks

- Teks mestilah ada saiz tulisan yang berbeza, ada slogan, tema dan kepelbagaian. Teks itu adalah sazi yang berbeza


Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....