Wednesday, October 17, 2018

BBM3410/18 : Minggu 6

Assalamualaikum, hai semua..minggu ke-6 ni saya kena buat fotografi lagi, last fotografi katanya prof. Minggu ni ambil gambar berdasarkan simpulan bahasa. Hurm, macam mana tu?

Ok, begini.
Setiap simpulan bahasa tu kena ambil gambar, buat la gaya macam simpulan bahasa yang dipiih.  Prof minta 10 jenis simpulan bahasa tak boleh sama dengan ahli lain. Jadi, inilah dia di antara jenis simpulan bahasa yang dipilih oleh semua.

simpulan bahasa dari semua simpulan.

Bukan senang weh nak buat gaya simpulan bahasa tu. Sejak ambil subjek multimedia ni kan, saya rasa dah boleh minta kerja jadi pelakon, jadi pelakon tambahan pun boleh.. Hahaha.. Tapi ada ke yang sudi ambil jadi pelakon, angan2 je lebih!

Minggu depan kena tunjuk slide, dan bentangkan dihadapan prof, harap2 setiap simpulan bahasa tu kena la dengan gaya gambar yang kami ambil.

Lepas tu kan, kena pulak bersiap sedia nak buat adobe photoshop.. Weh, saya benda2 begitu dah la perlahan sikit nak faham..

Dah la sejenis yang mudah kalut! Ok, kita tengok la macam mane nanti.

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Kolej Tiada Air

Berita menyedihkan minggu ini. Sedih minggu ni sebab kolej tiada air, huaaa. Pada minggu lepas, pihak jabatan logi air telah memberitahu bahawa minggu ini Selangor tidak akan ada air selama empat hari. Ia bermula pada 9 hb sehingga 12 hb. Pengalaman tiada air ini memang sudah biasa di Selangor tetapi, kali ini rasa macam susahnya.

"Sebelum air tiada, baik saya simpan air dalam baldi, bersiap sedia"


Semua pelajar siap sedia simpan air

Bangun pagi tadi, saya ingat air sudah ada sebab kelmarin pihak logi air cakap air sudah baik seperti biasa. Tetapi, alangkah sedihnya bila malam itu, air semakin perlahan dan sudah tiada lagi air pagi ini. Bila tiada air ini suatu cabaran juga sebab nak membuat suatu perkara itu susah. Nak mandi, nak megambil air sembahyang, dan sebagainya.

Itulah suatu perkara yang rasa pentingnya air sebenarnya. Hidup tanpa air sebenarnya susah juga sebab air merupakan keperluan seharian manusia.

Harap-harap air kembali ada seperti biasa. Mujur ada air tangki walaupun air tangki itu berkarat. Dah macam air coklat.. 

Bersyukurlah bahawa nikmat air itu besar dan jangan membazir air secara berlebihan, okey?

BBM 3410/18: Keterampilan Berbahasa

Hai semua, tengah buat apa tu? Semoga dalam jagaan Allah selalu. Saya nak kongsi cerita pada awak semua. Pada hari selasa 9hb, saya telah melihat pembentangan kawan-kawan saya dalam kelas Keterampilan Berbahasa Melayu. Tajuk boleh tahan, 'pengurusan jenazah', 'kahwin muda' dan sebagainya, kawan-kawan bentang boleh tahan, melucukan dan menghiburkan kami.

Pembentangan minggu ini dipuji oleh Dr. Norazlina. Topik 'pengurusan jenazah' mendapat tempat dihati Dr. Bayangkan, Dr bagi 14/15. Weh, bukan sikit tu dan bukan senang nak dapat markah sebanyak tu. Pembentang-bentang sebelum ni tak ada la dipuji sedemikian.. Memang hebat la.

Inilah dia kumpulan tu.

14/15 markah weh! 

Saya ingat nak kawen ke apa ni, siap bersampin bagai, berbaju melayu macam hari raya pun ada.. Hahaha. 

Majoriti semua puji kumpulan nie, penyampaian mereka sampai. Tetiba pulak rasa insafff, ingat mati tetapi apa pun mati itu pasti!! 

Banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh dalam kelas ini, Dr sangat membantu, yang melucukn lagi, Dr meminta kawan-kawan untuk memilih salah seorang kawan untuk menyanyi di depan. semua tak mahu keluar, akhirnya mereka memilih Syahril. Hidayah dan Nazri..

mereka rupanya ada bakat dalam menyanyi, fuhh sedap juga suara. paling best dapat hadiah duit Rm50. untung la dapat ganjaran, selepas ini boleh la rebut peluang untuk tonjolkan bakat juga..tetapi, dalam masa yang sama, paling lucu, Syahril yang menyanyi sambil tergelak di atas pentas. semua kawan-kawan gelakkan dia.

Memang sporting habis la semua! Majulah sukan untuk negara~~~ eh, tiba-tiba. Baiklah, jumpa lagi.

BBM3410/18: Tugasan Minggu 5

Assalamualaikum, hai.. Kembali lagi singgah di blog  saya kali ini. Baiklah, kali ini saya ingin kongsikan tugasan saya pada minggu kelima. Pada minggu kelima, saya telah melakukan kerja fotografi bertemakan Flatlay. Ada 4 jenis flatlay yang kena lakukan iaitu,

-  Flatlay
 Half flatlay
- Quarter flatlay
- Zero flaylay

Setiap gambar yang diambil bagi setiap flatlay itu adalah sebanyak 5 keping setiap satu., jadi keseluruhannya adalah sebanyak 20 keping. Fuhh, masa tu rasa macam banyaknya kena ambil gambar. Sudah la setiap gambar itu kena gambar yang berbeza-beza. Pengalaman bermakna rasanya sebab belum pernah buat tema flatlay sebenarnya. Menarik juga rasanya. Acah-acah jadi fotografi profesional pulak.. Heheh. 

Pengalaman ambil gambar flatlay kali ini mencabar juga. Saya rasa macam dah macam apa dah, macam-macam gaya kena buat. Hendak dapatkan gambar yang betul-betul kena dengan tema tu bukan senang. Paling kelakar bila tengok gelagat kawan-kawan yang gigih ambil gambar,termasuk saya yang turut terlibat dalam proses tersebut. Ada yang terbongkok bagai, bersila dan sebagainya, lucu la bila tengok gambar disebalik tabir.

Fokus tu penting

Baru tahu, nak ambil gambar bukan suatu perkara yang mudah. Nak dapatkan pencahayaan dan bentuk gambar tu bukan main susah. Penat wei, cabaran nak siapkan projek kali ini, mana tidaknya pukul 12.30 tengah hari sudah kena post di Instagram, semput sekejap rasa. Bayangkan kelas pukul 10.00 pagi, mula mengambil gambar jam 11.00 pagi, kena muat naik pukul 12.30 tengah hari, rasa macam tak bernyawa pun ada rasa masa tu kena kejar masa nak siapkan. Sudahlah Prof minta cepat, mahu nangis je rasa.

Gambar untuk flatlay

Nak dijadikan ceritanya kan, sudah la siap-siap muat naik di Istagram gambar-gambar tu semua, lepas tu Prof cakap pulak yang ada gambar-gambar yang diambil itu silap, ada yang satu gambar tu sama jenis. Waktu tu semua sudah kelam kabut nak kena muat naik balik. Pada jam 4.00 petang waktu tu kelas Undang-undang kelauarga Islam, habis jam 5.00 petang. Prof bagitahu kena siapkan edit gambar yang tidak betul itu di submit jam 9.00 malam. Aduh, waktu itu rasa macam, apa nie? Sempat ke?

Sewaktu nak balik kolej, dalam kepala fikir nak kena cepat ni edit, kalau lambat ikut arahan tak pasal-pasal pulak kena tolak markah. Sampai kolej sekitar jam 7.00 malam, lepas solat maghrib, cepat-cepat buka Instagram nak edit balik gambar tadi. Fuhh, dalam masa setengah jam lebih baru dapat siapkan, ngam-ngam waktu yang ditetapkan.

Nah, ni la dia gambar flatlay yang kena ambil tu..lawa tak? Lawakan..heheheh. ada 4 jenis flatlay semuanya. Sewaktu ini cabaran juga untuk saya sebab nak dapatkan gambar yang betul-betul kena dengan jenis flatlay tu bukan senang.  Tapi berpuas hati juga la dengan hasil kerja yang dilakukan.


Contoh gambar Flatlay



Contoh gambar half flatlay


Contoh gambar quarter flatlay


Contoh gambar zero flatlay

Inilah contoh-contoh gambar yang telah diambil. Bukan senang nak ambil, dalam 5 keping gambar satu kali ambil mungkin 1 saja yang menjadi.. Konon-konon nak jadi photoghaper, tapi banyak lagi kena belajar. 

Ok lah, itu saja untuk minggu ini. Kita sambung ke post yang seterusnya pula. Ok ke ok? Assalamualaikum. 



Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18: Kerana HUAWEI


Sebelum naik semester 7 baru-baru ni, saya telah beli telefon baru. Bukan main lama nak boleh beli sebab sayang dengan telefon lama. Tambahan pula, telefon lama tu beli dengan duit kerja , jadi terasa la bukan senag nak dapatkan duit sendiri. Nak jadikan ceritanya, keluar rumah awal pagi, pukul 10 lebih kurang. Menandu la pergi Ke KB Mall, Kota Bharu dengan kawan. Tempatnya bukannya dekat nak boleh sampai sana.

Bila samapi sana, gigih la cari telefon baru. Dah la saya tak mahir bab-bab pemilihan telefon ni, selalu akan tanya pendapat orang. Bayanagkan pusing punya pusing, berkenan la pada telefon jenama HUAWEI.menang dah lama nak beli jenama ni. Masa nak tukar sim card tu, kena pula pergi dekat centre Celcom untuk tukar Sim card baru, penat menunggu hamper 2 jamkat situ disebabkan orang ramai.

Akhirnya, dapat juga miliki fon baru yang diidam-idamkan. Puas hati membeli, mana taknya, dari pagi keluar petang baru balik. Penat tu boleh tahan dan rasa saying juga la sebab melayang duit RM700,hahaha.

Penangan telefon HUAWEI, kena la berjimat kembali. Telefon lama tetap menjadi kesayangan dihati, diberikan kepada adik bongsu. Betul la orang kata, nak cari duit tu bukan senang. Duit mengalir macam air je rasa bila keluar banyak.

baiklah, setakat ini saja perkongsian saya. Jumpa di penulisan seterusnya.

BBM3410/18: Pesta Makanan Tradisional


Pesta makanan tradisional merupakan satu tradisi masyarakat melayu. Baru-baru ini pesta makanan tradisional telah berlangsung dengan jayanya di FBMK. Baiklah, penulisan kali ini saya ingin ceritakan tentang pengalaman saya menyertai program pesta makanan tradisional tersebut. Seawal pagi saya telah pergi ke CALC untuk menyertai majlis perasmian pesta makanan tradisional tersebut. Saya bersama ahli kumpulan gigih menncari Prof untuk bergambar bersama. Bukan senang nak dapatkan gambar Prof sebab ramai sangat peminat Prof ini, hehehe.

Setelah itu, saya melawati gerai-gerai yang ada. Apabila sampai di gerai yang ada, pelbagai jenis makanan tradisional disediakan. Untuk makluman, bahagian yang paling seronok adalah melihat pensyarah-pensyarah fakulti sendiri menjual makanan tradisional tersebut. Baru tahu, rupanya-rupanya pensyarah FBMK ini sangat berbakat dalam memasak. Secara spontan air liur meleleh tengok makanan yang dijual. Sebagai contoh, gerai Noraz Laksa, iaitu gerai Prof. Madya Norazlina Binti Haji Mohd Kiram. Bukan main ramai lagi orang membeli laksa yang dijual, ramai betul peminat laksa rupanya.

Gigih nampaknya pensyarah-pensyarah FBMK menyediakan makanan. Maklumlah, bukan selalu program sebegini diadakan. Saya juga tidak ketinggalan untuk bergambar ketika pesta makanan tersebut berlangsung. Rasa macam artis pun ada sebab setiap gambar yang diambil turut dijadikan sebagai bahan tugasan bagi subjek multimedia. Gambar-gambar tersebut saya memuat naik di laman Instagram, (janagn lupa like ye).Selain itu, gambar-gambar yang diambil turut dijadikan kenangan terindah bagi saya kerana inilah peluang yang dinantikan bagi saya mencipta kenangan di Muzium Warisan Melayu sekaligus dapat merasai pelbagai jenis makanan yang ada.


Seronok rupanya bila dapat makanan percuma, merasa dan mengenal makanan tradisional setiap negeri. Bab makan memang sedap, bab bergambar lagi la seronok, dapat pula tengok aktiviti mengukir buah, mewarna bagi kanak-kanak dan adanya cabutan bertuah.

Jadi inilah coretan saya bagi pesta makanan tradisional di FBMK. Jika tanya,gemuk tak dapat makan makanan percuma? Jawapannya, tak, sebab saya seorang yang susah sangat nak gemuk walaupun hakikatnya sedang berusaha naikkan berat badan,hehehe.

BBM3410/18: Tugasan Minggu 4

Assalamualaikum, bersua kembali pada minggu ini melalui penulisan blogku. Pada kali ini, saya ingin berkongsi cerita yang mendukacitakan bagi saya. Pada minggu 4, saya telah diberi tugasan individu melalui email oleh Prof Normaliza berkaitan media sosial. Tugasan tersebut mestilah dirujuk berdasarkan buku BOOM with Social Media karya Noraien Mansor dan Profesor Normaliza Abd Rahim. Saya dikehendaki untuk menghantar tugasan tersebut pada jam 2 hingga 3 petang sahaja. sekiranya, hantar awal ataupun lambat secara automatik tugasan tersebut akan ditolak.

Jadi, dengan gigihnya saya membuat tugasan tersebut dengan menalaah buku terlebih dahulu agar dapat membuat dengan baik. Menanti tepat jam 2 petang, saya telah menghantar tugasan tersebut kepada email Priof Normaliza pada jam 2.20 petang. Setelah itu, saya dapat berita yang menyedihkan apabila tugasan saya telah ditolak oleh Prof atas alasan tidak memenuhi arahan yang telah diberikan. Sedih sangat sebab sudah kehilangan 10 markah untuk tugasan individu tersebut.

Ramai kawan-kawan saya turut kehilangan markah tersebut. Sedih rasanya sebab markah tersebut sangat penting bagi saya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.Tugasan individu dihantar melalui email yang diberikan menjadikan saya lebih berhati-hati pada masa akan datang.


                  

Bersangka Baik

Assalamualaikum. Susahnya nak didik diri bersangka baik. Bukan kerana tidak menerima segala takdir tetapi kerana jahilnya ilmu dalam diri....